hari ini itu esok.

salamun alaik,
hi.



maaf sekian lama menyepi,
tak sangka ada yang masih setia, tengok viewers masih-hampir tiap tiap hari ada,
banyak kerja perlu settle cuti cuti ni, terlepas pandang pula sini.

nak cerita apa?
entah.
aku pun tak tahu.
agaknya bosan teramat meroyan kesudah akhirnya datang sini,
dan juga kerana blog ni nampak lagi hensem dari homework kat rumah,
adehh apa aku merepek ni.

hmm
buka cerita pasal cuti, tak mau cerita pasal hati, lagho manjang

tapi warning dan amaran awal siapa tak mahu masanya dibazirkan boleh beredar, salam awal daku ucapkan, sebab ni bukan post berbentuk ilmiah mahupun tarbiyyah mahupun tazkiyyah atau tausiyyah, ni rapuan semata, nasiblah siapa terbaca.

sejak berjumpa dengan realiti masyarakat majmu' yang berilmu ni,
atau senang cerita sejak berpindah ke alam baru,

malu nak cerita pasal tarbiyyah bagai,
malu nak cerita pasal muhasabah bagai,
malu nak cerita pasal ilmiah bagai,

sebab sedar dalam tak sedar, aku ni sekelumit je berbanding yang lain,
apa yang keluar dari mulut depa, semua ilmu baru bagi aku,
yang tertulis jadi kalam di blog twitter ataupun ask fm depa, semua perkara luar biasa untuk aku,
fikiran dorang lagi matang jauh berkilometrico nya dari aku,

jangan kata aku futur kerana aku tak, aku cuma rasa rendah, atau mungkin memang pun.

ajaib.

dah lama tak menulis rasa janggal, hmm

dah hujung-hujung umur enam belas ni macam macam merasa,
macam macam dapat, macam macam telan, macam macam luah,
maka yang macam macam itu yang jadi aku suatu macam untuk kesuatuan macam,
haa macam mana faham tak?

maksudnya terlalu banyak dapat sehingga jadikan aku orang yang serba orang dan untuk misi yang lagi satu, mengorangkan orang. haa gitu, tak faham kirim salam.

kadang terpikir, kenapa takdir beg i n   i   dan kenapa takdir beg i   t  u
dan hikmahnya lama lama terbuka juga dari terhijab,

jentik-jentik akal, usap-usap otak (hiperbola) ingat balik zaman zaman muda dulu,
dulu itu ketika di bestari, acah acah lama je.

kadang terpikir kenapa yang aku sekarang bukan yang dulu, dan aku yang dulu bukan yang sekarang. kurniaan akal dari Tuhan ajak kita berfikir, Tuhan bagi kita pilihan untuk pilih yang mana baik yang mana buruk.

tapi barangkali ada mental problem kot dulu, banyak tak betul, tapi buta.
sekarang dah celik, tapi perkara dah lepas tak boleh dipadam, tak boleh dibetulkan mana tak betul.

tapi kannnn, kenapa perkara dah lepas orang nak pandang lagi eh?
kenapa orang yang kapel dulu kini taubat kau nak ungkit lagi cerita dia eh?
kenapa orang freehair dulu kini bertudung kau nak sembang lagi pasai gelap dia eh?

kesian;
bukan kat orang kapel dan freehair tuh, tapi orang yang berfikiran sebegitu rupa.
barangkali tak kena jentik dengan hidayah, atau hati terlalu hitam?

entah.

sedar tak sedar, memang itu realiti sebenarnya,
tak semua boleh terima yang berubah,
dan tak semua boleh terima yang merubah,
dan yang berubah tak boleh terima dipandang seperti yang lama,
norma je sebenarnya.

maka salman faris terima apa yang dah berubah ya sekarang.

soal hati sikit,

kadang-kadang masih teringat apa berlaku dulu lampau,
tapi semua dah jadi lemau,
sia-sia fikir balik, balik-balik jadi mimpi buruk juga.

doakan aku tabah, infiru!

Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.

No comments: