supersado mode.

"daie kena sado." - tak ingat siapa

tapi memang bila first time dengar, wuhh style gila ayat ni
dua kali dengar, ada makna gak ayat ni
tiga kali dengar, ada maksud gak ayat ni
empat kali dengar, ada maqasid deep dalam ayat ni
lima kali dengar, refleksi reaksi segala aksi dalam diri

reaksi kita macam mana?

kita da'ie, itu konfem
kenapa?

barangkali kau sudah Islam?
barangkali kau sudah baligh?
barangkali kau sudah dan masih berakal?

maka tahniah, dapatlah menang Anugerah Da'ie Sepanjang Zaman,
engkau da'ie, kau tak boleh lari.

da'ie = pendakwah
pendakwah = da'ie
cukup sinonim.

"Aku bukan ustaz/ustazah, aku tak pergi sekolah agama, aku da'ie ke?"

"Aku ni jet jet je lahir dari sekolah agama, tapi sebenarnya aku ni bodoh je, kira aku ni kategori da'ie gak ke?"

"Aku rasa kaaaan, macam aku ni tak pernah terlintas hati pun nak ajak orang pasal Islam bagai, aku masih da'ie?"

"Aku menyeru orang ke arah agama tapi aku kristian, aku daie ke?

ya
ya 
ya lagi
dan 
tak, kau evangelist, moga kau mendapat hidayah, ameeen.

eh come on la, berapa banyak lagi alasan kau nak bagi just semata nak elak dari amanah yang dah jatuh atas bahu kau sejak kau baligh lagi, dulu bukan kemain, 

"derr aku dah baligh, kau ada?"

sekarang sembang pasai dakwah sikit,

"eh i'm not an ustaz, you're talking to the wrong person."

eceh balas bahasa inggelish siap, pfffft, dah macho dan bergaya, cuba bergayakan sikit diri tuh buka hati nak sampaikan dakwah.

aku tahu aku tak hebat, kadang kadang apa aku cakap, aku sendiri tak buat, terbelenggu dengan ayat kedua surah As-Saff kalamullah Dia yang hebat lagi Maha bijaksana. tapi bila mana aku rasa perlu sampaikan, aku cuba sampaikan, maka aku pun cuba amalkan, maka kau jadi baik, aku jadi baik, tak ke jadi kebaikan pada endingnya? tak nak ke cerita kisah dakwah kita ending macam cerita movie? pasni leh keluarkan movie sendiri, jalan cerita dah ada, kisah pengembaraan dakwah kau juga.

bukankah da'ie itu perlu berprinsip 'Islah nafsih wad'u ghairih'

- islah diri sendiri, dan ajak orang lain mengislahkan diri mereka juga.

yang membezakan seseorang pendakwah itu kuat atau tidak ialah tulang belakang dia ketika dia menuntut,

"tuntut apa bang?"

tuntut ilmu, 
tuntut tarbiyyah,
tuntut biah solehah.

nak jadi pendakwah hebat? maka masih tidak terlambat untuk tegakkan tulang belakang kita setegak tegaknya, masih boleh perbaiki, masih boleh buat satu modus operandi dalam misi memperbaiki diri, nak bagi anjakan paradigma untuk diri jadi supersado.

iaitu kita kembali kepada square o,
square zero.

di mana kita jalani semula proses tarbiyyah,
yang masih ada murabbi, alhamdulillah takbir.
yang sudah tiada?
biarpun dah terlambat sudah tiada murabbi, kerana nak mintak orang jadi murabbi itu mustahil, ego lebih tinggi kuasai diri, maka jadikanlah diri sendiri mutarabbi kepada diri, patuh dan istiqamah dalam amalan, tentangi nafsu ammarah yang cuba memberontak dalam diri, tegakkan, 

"tapi bagaimana? kau ingatkan senang ke hape? kau sembang macam benda ni main batu seremban kau tahu?"

tak kata pun senang, kalau nak drastik memang mintak pelempang,
perlahan lahan, selangkah demi selangkah dan paling penting tegakkan tulang belakang.
tulang belakang atau di metafora kan di sini kepada tarbiyyah - ada 10 tulang yang perlu ditegakkan.

digariskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, seorang tokoh yang hebat, ada 10 tulang tarbiyyah perlu ditegakkan untuk menjadikan diri seorang muslim itu bukan sahaja pada nama, tapi pada segala yang ada pada dirinya.

10 tulang itu adalah dinamakan sebagai 10 Muwassafat Tarbiyyah.

"apa kejadahnya muwassafat tarbiyyah dah ni?"

sabaq sat, aku baru nak mula terangkan.

ada 10,

1) Salimul Aqidah - Aqidah yang sejahtera
2) Shahihul Ibadah - Ibadah yang sahih
3) Qawiyyul Jism - Kuat tubuh badan / jasad
4) Matinul Khuluq - Akhlak yang mantap
5) Mutsaqqaful Fikr - Luas pengetahuan
6) Qadiran 'ala kasbi - Mampu berdikari
7) Mujahadatul 'ala nafsi - Melawan hawa nafsu
8) Haarithun 'ala waqtihi - Menjaga waktu
9) Munazzamul fi syu'unihi - Tersusun urusannya
10) Nafi'un liqhairih   - Bermanfaat kepada orang lain

nak huraikan, maaf aku tak mampu huraikan barangkali terlupa dan takut tersilap syarah, cari mereka yang lebih 'arif dan alim, atau google it up tapi takut sumber tak mencukupi.

jadi, 
maka,
terapkan 10 muwassafat atau tulang tulang ini dalam diri kita maka insyaAllah dapat kita jalani tarbiyyah dengan sempurna, dan dapatlah kita al hasil nya,

seorang da'ie yang sado

sado pada hati, sado pada dakwah
moga sado juga pada hati mad'u

(mad'u = orang yang didakwah)

yang problem sebenarnya bukan hati dan jiwa, 
tapi problem di rangka hypothalamus, di mana mindset sudah kata 

"kau ada beran nak dakwah ke? diri macam tongkang pecah ada hati nak sampaikan dakwah?"

maka lawan dan ubah mindset kepada yang lebih optimis, jangan jadi terlalu pessimis, kelak kau jua akan menyesal di kemudian hari.

kalau datang lagi kata kata tu dalam diri, maka itu rasa was was yang syaitan datangkan, maka minta kepada Dia untuk dilindung daripada makhluk jijik lagi menyesatkan tu, 

biar hati kental
jiwa macho
biar diri tak rebah
jadi da'ie yang supersado.

terbanglah duhai da'ie dan bukalah supersado mode itu,

kelak ummah yang sedang tenat, dapat sembuh semula suatu hari nanti.

bismillah, moga apa yang aku sampaikan aku amalkan.

akhir kalam, sado lah kamu sebelum kami di sadokan.



Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.

2 comments:

farasye said...

Jalan tarbiyah memang suatu jalan yang oanjang dan tidak dibentang carpet merah.
kerana itu, ada tapisan yang Allah lakukan untuk para daie atas jalan ini.
menjadi daie suatu kemestian, bukan pilihan.
Barakallahufeek salman .

HaifaSafuha said...

great entry, syukran, baarakallah fiika.