untold stories

credits: tommy ingberg photography


Ehemmm ehemm, testing testing

Rindu dengar suara aku kan kan kan?

Salam pembuka bicara lama kita tak bersua, belog pun dah berhabuk tahap mega, eh tak, ni tahap giga kot, hmm mungkin dah memang berhabuk tahap ultraman kot. Okay tunggu sat aku nak bersihkan jap eh.

*lap sini sikit n lap sana sikit*

Okay done, finally.

Moga apa yang aku tulis kali ni benar insyaAllah, niat hanya mahu membuka mata kita yang di bawah tempurung nih. N so persoalannya siapakah istilah kita tu dituju kan kepada? (tatabahasa tunggang langgang maap) siapa?

Istilah kita dekat konteks ni nak merujuk kat engkorang engkorang juga saya yang berstatus sekolah agama.

"Sekolah agama tuh pe benda lak?"

"Alaahhh sekolah agama tak kan tak tau? yang sekolah budak ikhwah pakai songkok n budak akhowat pakai khemah."

"Owwwwwwwwwwwwh."

Let's face the fact that itu memang apa yang budak luar panggil kita. Cehhh, pun hakikat kita bahasa kan mereka sebagai budak luar, budak SMK, kononnya darjat kita tinggi sangat ya? pffft.

Kita duduk kat dalam sekolah agama, kilang da'ie, hamdallah.

Tapi kita tak sedar, dalam sibuk mentarbiyyah orang di dalam kilang da'ie ni, kita lupa kat mereka yang di luar. Terlalu sibuk perhaps? hmmph.

Kekadang terpikir gak -

Peranan aku sebagai KP yang konon nya berkepimpinan, sopan, hormat tuh terhenti hanya di persada sekolah kah?

Kerja tarbiyyah orang hanya terhenti di balai ibadat sekolah kah?

Kat sekolah action ajak orang nuh sini, tapi in the end kat luar apa yang kita buat?

"alaahh, kat twitter tuh aku tweet ajak orang solat 5 waktu 24/7 kot, dhuha pun aku ajak, tak cukup ke apa yang aku buat tuh weh?"

Trimas buat statement tuh dan tahniah buat anda

*tepuk tangan*

Alternatif dah ada, tweet sebagai peringatan. Bagus.

Tapi sejauh mana peringatan kita tuh mengingatkan orang? Hang pikiaq mereka mereka yang liat tahap ampu nak solat, terkadang terkiding juga mereka tinggal lalu ganti thru qadha', dhuha 1 in a million years buat, n then nak makan peringatan hang tuh macam roti canai? pffft. next time je lah.

Functional or disfunctional, effort tuh memang kena ada. Tapi jom tingkatkan effort nak?

Kalau sebelum ni kita tweet orang suruh solat, how bout kita DM sekoq sekoq suruh solat? kan lagi seronok tuh hihi *senyum riang*. asal maghrib dah masuk, tetiba tab message DM menyala, isya' masuk pula menyala lagi, nak additional, tetiba kul 3 pagi glowing lagi ada orang DM ajak qiyam, wahh kan suwit gitu. tapi jangan pula hang pergi spam DM dia, memang tak terima seruan lah si dia tuh.

Biarpun dia unfollow kita bab nyirap tahap ultraman, eh tak, mesti lagi nyirap, nyirap tahap megaman tapi at least kita dah seru dia en? Kot kot kot, who knows, maybe benda nih akan jadi satu pedoman untuk dia solat awal ke satu hari nanti? maybe, just maybe.

plus, kita yang sekolah agama ni tunjuk lah contoh yang baik.

please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please, please n pleaaaase

jangan malu dengan status "saya budak sekolah agama" tuh

"Tapi aku takut orang judge aku kalau aku claim aku budak sekolah agama."

Okay fine, simpan status tuh. Demi fitnah tak menimpa agama sebab kita.

Just tunjuk contoh yang baik kat diorang, ajak solat awal, makan w/ sunnah n so on.

Tapi persoalannya berbalik kepada kita.

Nak tunjuk contoh baik, tapi diri sendiri kapel.
Nak tunjuk contoh baik, tapi diri sendiri makan tangan kiri.
Nak tunjuk contoh baik, tapi diri sendiri solat main main.
Nak tunjuk contoh baik, tapi diri sendiri carut

Take agama for granted, naisss.

Fuhhhh, sentap tak? Tak sentap? mekaseh, biar aku sorang sentap tersedak batuk sensorang kat sini.

Okay nak bercerita sebentar,

Maybe cerita ni merapu je kotttt, sesangat merapu kot n so sesiapa yang tamau dengar budak 15 tahun yang tak matang tahap ampu ni buat bising boleh beredar sekarang juga, tafadol masykuro.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

okay tak sangka masih ada yang setia membaca. but i'm being lyke so serious rite here memang merapu merepek memekik je apa yang aku nak cerita nih n so again dipersilakan untuk pergi, tafadol masykuro jiddan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sanggup membaca ya?

ayuh kita mula.

maka dengan izin Allah, aku ada join somewhat of a small reunion ngan member sekolah rendah aku, last week kalau tak silap.

N honest said, member aku bukan macam member korang yang bersekolah di SAM-sam atau nama panjang nya Sekolah Agama Menengah, ataupun sekolah MITS. Memang tade sorang pun duk SAM or MITS yang semua ni kilang kilang da'ie belaka. Kalau ada pun sekolah maahad maahad biasa je n ada lah sorang pi MRSM UA.

Member aku hakikatnya ramai duk sekolah menengah kebangsaan yang biasa biasa je.

Tapi reunion aku hari tuh dengan budak budak yang ranking nya boleh kata agak berjaya so far, hamdallah. Aku tamau sebut nama sekolah mereka takut ada aib yang terbuka but let me be honest to what i've heard okay.

As usual, semua bukak cerita. N setiap cerita mereka tersedut dalam kepala aku, serious melekat sampai sekarang.

"Bab kenapa sampai melekat di minda?"

sebab nih bukan jus problem kapeling yang dah boh-san tahap batman kalau dengar tuh, this is bigger.

bigger lyke very big, so huge, lagi besar dari kay el shi chi masalah nya.

"Ce cite, ce cite."

No.

aib mereka.

"Lah kalau macam tuh better tayah nak cakap in the first place, pfffft."

okay okay fine. lemme reveal some reality kehidupan remaja seumur ngan kita di luar sana in some few words.

weed.
finger.
clubbing.
pub.
zina.

"SAY WHAAAAT."

tergamam?

silakan.

reaksi aku pun sama masa first tyme dengar.

i only expected the usuals, n never expected all of these. but it all happened. its a factual fact where u have to accept the fact that ur friends out there are experiencing all of these and you are here, still sleeping underneath the very blankie that u used when u were 5 yrs old. tahi lembu.

So anda anda engkorang engkorang yang berstatus sekolah agama, yang hebaq hebaq belaka ni tak rasa apa apa ya?

"Rasa terkejut la sikit."

Sikit je ya? Tak sayang kawan ya? Kata nak masuk syurga sama-sama.

Mereka bukan kafir, mereka bukan kristian. barangkali mereka juga saudara saudari sesama islam kita gak.

"Habis apa yang aku boleh tolong dorang? nak aku datang kat dorang cakap, 'deyy, jom kembali ke jalan islam' - camtuh?"

kalau berani silakan, malah lagi mantap.

"Problem is, aku tak berani okay. There I admit it."

Tak berani? Kita sama sep sikit. Jujur aku pun tak berani. sebab pengecut? oh tidak. tak berani sebab takut aku pun terikut sama, tak dinafikan benda benda mungkar semuanya bes kat dunia. tapi sediakah kita nak jawab kat mahsyar depan Allah nanti?

*uishhh rasa tertumbuk di perut*

So apa boleh buat untuk mereka nih? golongan 'tersimpang'. apa yang kita boleh buat untuk rakan rakan kita kat luar nuh. yang major maybe umur 19-20, tapi yang umur 15, 16, 17 pun ada lah beb. now don't judge them so fast, u don even know half of their story. maybe sebab desakan // demi duit // kena paksa // sukarela kita sendiri tatau apa niat mereka sebenar.

kita boleh tolong mereka with one thing, one word.

Doa.

yup as simple as that. dalam waktu lepas solat tuh, doakan untuk mereka. i know dat u guys rajin sesangat untuk doakan member dapat 9A kan? siap sebut nama kan? siap sebut nama batch kan? siap sebut nombor bilangan kan kan kan? well done.

tapi untuk mereka di luar? siapa nak doakan? adik kau yang maseh baby tuh? hmmph.

kekadang terfikir, punyalah duduk kat alam sekolah menengah 3 tahun, kat sekolah yang aku sendiri kurang redha kehadiran aku nih n rupanya ada kenkawan aku yang sampai jadi camnih kat luar?

Wow, bodoh (maap) n bodoh (maap lagi sekali) nya aku.

Kita duk sibuk pukul orang sebab buat kes, sibuk nak lempang orang sebab buka aurat. ta pernah pulak nak sibuk pikir pasal kenkawan di luar ya?

Alpa.

kita malu nak sebut sekolah mana sebab ada statement 'agama'. okay fine i understand kita tak perfect, tanak claim sebab takut jatuhkan fitnah on the agama itself. tapi tak boleh buat perangai macam budak sekolah agama ke? please be bangga lah, korang insan terpilih. masuk sini untuk live hidup kapel n bagai buat apa? cari penyakit, buat onar nanti ada padahnya cayalah.

kita sepatutnya jadi peneraju, bukan diteraju. pioneer not pioneered.

nak ajak orang stop, nak tolong member yang dah lari dari jalan lurus yet kita sendiri buat benda yang kita nak tegur tuh? wow. sorry to say, skill-excrement, so real.

please ya im begging u now.

bersyukur duk sekolah agama, just cuba bersyukur sebentaq.

bebudak kat luar ada yang dah rokok, weed, finger, pub, clubbing n apa lagi? kita hamdallah selamat.

bersyukur lagi sebentaq, alhamdulillah ya Allah, Allahu Allahu.

Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.

2 comments:

Anonymous said...

Best ar bace blog abang salman :)

Izz_aufa said...

Nice. Len kali tulis lagi.biar Aq yg 'budak sekolah agama' ni tersedar dari mimpi.