Syukur dan Barakah.

Countdown di sebuah blog yang ku baru usha tadi menyatakan kita sudah ber-honeymoon di bulan Ramadhan selama 26 hari, 16 jam, 22 minit dan 04 saat; bermakna kita masih ada baki selama 3 hari lagi di bulan barakah ini.

Itu tidak penting. Yang penting ibadah apa yang kita dah buat selama 26 hari dan 16 jam tu, dan apa lagi yang kita akan buat tatkala saat jam bergerak selama 3 hari yang berbaki ni.

Sebelum itu, salam malam ke doploh tujuh buat semua yang bergelar manusia, juga jin jin yang semangat nak baca.

Hari ini. 5 ogos - 2 hari selepas bufday saya (ini tipu) juga merangkap malam ke-27 ramadhan iaitu malam yang ramai target malam lailatulqadar.

Malam ni, aku buka puasa di kampung halaman belah ibu ku. Baju melayu merah jambu dan seluar khaki coklat disarung. Kampung halaman belah ibu tak jauh mana pun, kat KL aje. Spesifik sikit, Keramat. Lagi spesifik, Lembah Keramat. Tak tahu dekat mana? mr. google punya adik, mrs. google maps ada, silalah rajinkan diri untuk search.

Hamdallah, juadah yang disediakan sungguh lah grand. Toksah sebut lah makanan apa yang ada, memang cukup sepinggan selengkap (KHB sikit) lah. 

Habis berbuka, solat maghrib sebentar. Hamdallah berjemaah, terasa seperti di musolla syatibi pun ada. Masa yang berbaki sebelum waktu isya' pula dihabiskan di dalam tandas. Memang tyme tu tandas ku syurga ku lah buat sebentar. 

Tup tap tup tap bunyi jarum jam di dinding, akhirnya kedengaran juga azan isya'. Langkah terus diatur menuju ke masjid. Seusai sampai, wudhu' diambil dan terus join solat. Masbuk sebentar, bukan sebab lambat tapi dah tok imam baca speed habis, tak boleh buat apa apa lah. redha.

Habis solat isya', keluar masjid jap, ambil nafas lah orang kata.

Bilal pun memulakan selawat. Tarawih bermula.

Nak dijadikan cerita, aku solat sebelah sorang tua ni. Keadaannya sungguh uzur, badannya bongkok, mungkin umurnya dalam lingkungan lapanplohan namun solat berdiri juga menjadi pilihannya. Tatkala beliau solat, badannya menggeletar tanpa henti. Tak khusyuk aku solat memikirkan nasib orang tua ni. hati aku tersentuh, tersentap, tergamam.

Ya Allah, bila pikir pikir balik, bukankah Tarawih ini solat sunnat? sedangkan istilah sunnat itu lah yang menjadikan alasan para remaja untuk terlepas dari melakukannya.

"Rilek brader, brader rilek. Terawih kan sunnat, bukan dosa pun tak buat."

Ya. Memang tak berdosa kalau tak buat. Tapi apa salahnya meraih pahala tarawih yang ada pada bulan ramadhan sahaja? Tarawih itu datang sekali je setahun, bersama Papa Ramadhan yang julung julung kalinya ditunggu oleh para mukminin dan mukminat sejati. Apa lagi nikmat yang Dia beri yang kau mahu persiakan?

Tarawih itu spesel, percayalah.

Cuba pikir pasal orang tua tadi, macam mana semangat dia untuk melakukan amalan sunnat walaupun dalam keadaan sebegitu rupa. Kita ada? semangat nak main mercun ada lah. bazir duit, bazir masa, yang paling sedih, bazir pahala.

Keyakinan aku membuak bahawa orang tua itu tidak menyesal hidup dalam keadaan sebegitu uzur, malah bersyukur kerana usia nya masih dilanjutkan untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun ini. 

Sedangkan aku teringat empat hari sebelum ramadhan tiba, hari jumaat pada masa tu. Ketika itu di masjid annur USJ 4, satu jenazah terbentang untuk di solat kan. sedih, apabila memikirkan sudah tiada rezeki ramadhan bagi almarhum, namun peluang untuk beribadah juga telah tertutup. Gusarnya hatiku tatkala melihat jenazah pada ketika itu hanya Allah yang tahu.

"Ya Allah, kau sampaikanlah aku kepada Ramadhan, sungguh empat hari masih berbaki dan engkau sahaja yang berkuasa atas segala-galanya." 

Kini ku faham, mengapa orang tua tersebut sanggup beribadah sunnat, walau dalam keadaan begitu. selagi ada ramadhan baginya, selagi itu dia akan meraihnya.

Seusai 4 rakaat bertarawih, orang tua itu menghilang. 

Aku menoleh ke tepi dan kebelakang namun raganya tidak kelihatan. Alternatif diambil lalu aku keluar untuk mencari orang tua itu.

terbisik dalam hatiku.

"Ohh, dia nak balik dah rupanya."

Mungkin sebab tak tahan dengan bacaan tok imam, ataupun sudah letih mahupun ada urusan lain.

Orang tua itu pun beredar tak lama kemudian.

Aku dengan penuh rasa keraguan, mengekori beliau dari jauh. mujur beliau tak perasan, kalau tak, tak pasai pasai ada yang kena soal siasat kang.

Ku lihat beliau berjalan dengan perlahannya; bertongkat, semakin jauh dari masjid.

Aku pun terus berdoa.

"Ya Allah, engkau berikanlah ganjaran pahala dan barakah ramadan kepada orang tua itu."

Dalam misi mengekori orang tua tersebut, sempat ku toleh ke sekeliling. Kehidupan bandar memaparkan pelbagai ragam orang. Ada sesuatu terlanggar aku. Ohh, budak-budak main polis entri, itu biasa. teringat zaman kanak-kanak dulu main dalam masjid. Tapi apabila aku nampak remaja berjalan ke sana sini, ada yang sedang main kad poker, ada yang lepak kedai minum milo; aku bersedih.

Tak pernah ke mereka memikirkan bahawa ramadhan itu sebagai satu barakah? Tak pernah ke mereka nak luangkan masa sedikit untuk meraih bulan yang datang sekali setahun?

Ohh, baru aku ingat. Background mereka lain. aku sekolah agama, semua orang label ustaz je manjang.

Pernah juga aku dengar kata-kata ni.

"Korang yang sekolah agama ni lah punca kitaorang jadi macam ni. Korang la yang kena bimbing kita orang ke jalan yang betul."

Mungkin ini salah aku. tapi aku tak boleh buat apa apa. tak mampu. tak berkudrat.

Selingan sahaja.

Setelah habis misi tadi, aku pun masuk semula. baru sedar, jauh gak aku follow orang tua tu. Tak boleh bayangkan betapa susahnya orang tua itu ulang-alik untuk menunaikan sunnat tarawih di masjid. Juga tak boleh bayangkan betapa banyak pahala yang orang tua tu dapat tatkala berjalan sebegitu jauh ke masjid. Subhanallah.

Aku pun sambung 3 rakaat tarawih yang tergadai akibat mengekori orang tu.

Cuma kali ini, lebih semangat dan bertenaga. paling penting, lebih yakin bahawa pahala itu ada.

Setelah bersolat, tangan bertadah.

"Ya Allah, syukur ku ke atas mu kerana masih berkesempatan buatku bertemu dengan ramadan mu"

Kini countdown menyatakan 26 hari, 17 jam, 47 minit dan 36 saat kita sudah lalui ramadan. Hargailah masa yang berbaki dengan sebaiknya.

Malam ni malam ke 27. ramai yang menyatakan malam ini kemungkinan lailatulqadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan, insyaAllah barakah nya ada. insyaAllah.

Jom sama sama kita mengejar pahala yang terhidang. jangan terjatuh, kalau tersungkur biar ku bantu. kelak ku tak mahu masuk ke syurga berseorangan, namun ku mahu berteman.

Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.