Madrasah Ramadhan (Ep. 9)

29 Ramadhan.

Yusry mula menatap komputer. Bakat Photoshop nya digunapakai untuk men-design sebuah kad raya untuk Fasha.

Yusry: Hmmm, letak colour sini sikit. And then letak background hijau, baru la warna favourite dia.

Siap men-design.

Yusry: Sekarang untuk print. Hmmm, kat mana eh boleh buat?

Yusry: Haaa, Syarikat Abang Daud ada sediakan khidmat printing vector.

Yusry menyarung baju ber-logo-kan Superman kuning dan three-quarter Adidas.

Yusry: Abah, Aiman nak keluar sekejap eh.

En. Hisham: Nak pergi mana lagi?

Yusry: Pergi syarikat Abang Daud. Ada something Aiman nak beli.

En. Hisham: OK. Tapi cepat sikit balik, jangan jadi macam semalam.

Yusry: OK.

Yusry menunjukkan tanda good.

Kata-kata pula bermain dalam minda Encik Hisham.
"Haih anak aku ni. Peliklah kenapa setiap hari nak keluar. Tak letih ke bulan bulan Ramadan ni? Tak apa lah, dah besar kan, pandai pandai lah jaga diri."
Yusry keluar. Selipar Fipper bewarna biru cair berstripe hitam disarung dengan cepat.

Setibanya di depan kedai Syarikat Abang Daud.

Yusry: Haaaa?! Biar betul?!

Kelihatan sebuah notis di pintu kedai runcit itu.
"PERHATIAN kepada semua pelanggan yang dirahmati. Kedai Syarikat Abang Daud akan mula tutup mulai 7 Ogos//29 Ramadan atas sebab cuti Hari Raya Aidilfitri. Harap maklum. Yang benar, Abg. Daud."
Yusry: Aduhh, sekarang dekat mana aku boleh print benda ni pulak?

Yusry teruskan berjalan untuk mencari kedai printing, hanya demi satu janji yang pernah termeterai di antara dia dan Fasha.

Yusry tiba di Taipan, USJ 9.

Kedai printing kad raya mula dicari. Dalam misi mencari kedai itu, Yusry terjumpa kedai Station 1 Cafe. 

Minda mula memainkan flashback.
**
3.04 pagi.

Yusry, Johan dan Zarif sedang fly ke USJ 9. Yusry dan Zarif sudah biasa, namun ini adalah kali pertama buat si Johan.

Yusry: Weh Jon, ini lah Station One Cafe yang aku cakap tadi tuh, kedudukan dia sebelah McD je. Kalau nak tengok bola kat sini lah, skrin bukan main besar.

Johan: Ohh, dah jom masuk lah.

Yusry: Kau masuk dulu dengan Zack, nanti aku follow.

Johan: Kau nak pergi mana?

Yusry: Aku nak pergi McD beli Spicy Chicken McDeluxe jap. Korang nak order?

Zarif: Tolong belikan aku MegaMac satu, nah duit.

Johan: Aku lak tolong belikan Double Cheeseburger, aku hutang dulu, nanti aku bayar.

Yusry: OK beres.
**
"Teringat pula zaman dekat SBPI USJ 5 dulu."
Yusry meneruskan misinya, kedai printing masih dicarinya. 

Kelihatan dari jauh sebuah kedai terpampang -Triple AZ's Printing and Designing-

Yusry membuka langkah untuk pergi ke kedai itu.

Yusry: Tauke, ini printing berapa harga?

Tauke: Berapa you mau?

Yusry: Satu, just satu.

Tauke: Satu aje wo? Jadi mahal la. Kenapa tak mau printing itu banyak?

Yusry: Sebab yang satu ni special. Uncle just sebut harga, saya akan bayar.

Tauke: Design you nak pilih design mana?

Yusry: I ada custom design, so berapa?

Tauke: Kalau printing satu, custom design and vector printing.

Tauke kedai mula menekan kalkulator.

Tauke: Paling murah saya boleh bagi is 4 ringgit la.

Yusry: No problem.

Yusry hanya senyum namun dalam hatinya,
"Ya Allah mahal nya. Tak apa, tak apa. InsyaAllah duit raya tahun ni dapat banyak sikit, boleh cover balik. Besides, ni untuk janji aku yang satu ni kat dia. Janji yang terakhir. Aku tak nak hampakan dia."
Printing selesai.

Yusry bergegas ke rumah di mana jam menunjukkan 4.20 petang.

Yusry mula menulis di atas kad raya itu.

Yusry: Aku nak ni jadi kad paling special dia pernah dapat. Semoga tersembuh hatinya yang luka itu.

Sejam berlalu.

Yusry: Haaa siap pun. Ya Allah, letihnya, tapi solat Asar itu tetap fardhu.

Wudhu' diambil lantas solat Asar ditunaikan. Seluruh badan terus berlabuh di atas katil seusai habis solat Asar; jelas letih yang teramat. Kata-kata terakhirnya sebelum memejam mata,
"Bismikallah . humma. ahya' . wa'amut."
Terus lelap.

Sedetik kemudian.

Puan Aisyah: Aiman! Aiman, cepat bangun dah buka puasa ni.

Yusry: Dah buka puasa? Lamanya Aiman tidur tadi.

Puan Aisyah: Aiman letih sangat kot. Tak apa, tak apa. Dah, jom buka puasa, ummi beli special dekat bazaar tadi khas untuk Aiman.

Yusry: OK, jom.

Buka puasa selesai sudah, menandakan berakhirnya Ramadhan pada tahun itu. Laungan takbir mula kedengaran; kuat dan merdu.

Yusry: First time tahun ni raya dekat rumah je. Mungkin ada hikmahnya.

iPhone 5 Yusry dikeluarkan dari poketnya. Yusry mula menaip satu mesej baru.
Yusry: Salam. Saya tahu benda ni salah, tapi saya nak jumpa awak last tomorrow. Niat, tak lain tak bukan nak bagi kad raya OK. Jumpa - bagi kad raya - and then saya terus balik. OK? Meet me at tempat yang kita selalu jumpa dulu lepas solat raya. Will be seeing you OK. Wassalam.
Yusry 'touch' tanda yang menunjukkan 'Send'. Mesej dihantar. 

Beberapa minit kemudian.
Fasha: OK. pesanan biasa -- jangan lambat ;D 
Yusry tersenyum, bersyukur akan penerimaan Fasha terhadap keputusannya untuk break up.

1 Syawal.

Yusry bersiap sedia seawal-awal nya agar hari pertama di bulan Syawal diraikan dengan penuh makna.

Deodorant 'AXE Dark Temptation' disembur seluruh badan. Baju melayu biru laut disarung beserta kain songket yang berkilat. Rambut disikat dengan rapi dan songkok diletakkan di atas kepala dengan eloknya; semangat.

Saf pertama terus diduduki Yusry di masjid. Peluang diberi kepada Yusry untuk mengetuai takbir dan tahmid atas sebab gelaran nya yang bersekolah agama.

Selesai solat sunat Aidilfitri, baraan bermula. Namun, Yusry menghilangkan diri.

-Treeet- bunyi iPhone 5 nya tanda mesej masuk. Yusry tidak melihatnya kerana sudah tahu akan isi nya. Taman Rekreasi USJ 6 menjadi hala tujunya.

Taman Rekreasi USJ 6.

Dari jauh sudah kelihatan seorang perempuan memakai baju kurung berwarna kehijau-hijauan.

Yusry: Fasha.

Fasha: Eh, Yusry.

Yusry: Errr, assalamualaikum.

Fasha: Waalaikumussalam.

Yusry menghulurkan kad raya berwarna hijau kepada Fasha.

Yusry: Seperti yang dijanjikan. Jangan buka sekarang, buka kat rumah nanti.

Fasha: It's green in colour. Awak tahu sahaja kan warna favourite I.

Yusry: Of course la. Well, I buat sepertimana apa yang I cakap semalam. I datang, jumpa, bagi kad raya and then I balik.

Fasha: Hey, saya jugak ada kad raya untuk awak.

Fasha menghulurkan sampul surat bewarna putih yang berisikan sekeping kad raya.

Yusry: Thanks.

Fasha: Awak pun jangan buka sekarang. Kat rumah nanti okay.

Yusry: OK. Saya pergi dulu ya, assalamualaikum.

Fasha: OK, waalaikumussalam.

Yusry pulang ke rumah. Rasa untuk membuat baraan ke rumah-rumah jirannya lesap. Hanya lega dan gembira yang sedang bermain di medan emosi nya.

Fasha.

Fasha juga pulang dengan riang gembiranya dengan kad di tangan, penuh harapan.

Kad dibuka dengan gelojohnya saat bilik dimasuk dan dikunci.

Mutiara jernih berbentuk air mata mula membasahi pipi saat isi surat dibaca.

Surat:
***
Nurul Fasharina binti Kamaruddin.

Awak,

Just before anything yang saya nak cakap ni, saya nak ucapkan dekat awak.


SELAMAT HARI RAYA!
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sorry kalau ada salah silap yang tak sedar mahupun dalam sedar, forgive me okay? Thanks :)

Here's the real story.

Ini soal hati, dan ini lah kot the best time to tell you.

First, let me get this straight. No more calling calling and mesej mesej dengan saya OK unless benda tu penting. kalau sangat penting baru kita berhubung, other than that tak payah lah.

Second, saya tahu keputusan yang saya dah buat tu memang menyakitkan hati dan tidak dapat disangkal lagi bahawa ianya juga perit terhadap saya. Harap awak dapat terima dengan redha dan ikhlas nya. 

OK here goes.

Maaf, bukan sengaja nak putuskan jalinan, bukan sengaja hati awak saya sakitkan. Tak, serius bukan, tolong buang pemikiran yang macam tu.

Awak ingat lagi tak? Kita pernah berjanji pada hari Isnin 6 Ogos di bawah pokok pada waktu senja, ikatan perjalinan yang kita buat bersama, di saat itu saya tersenyum riang gembira; puas, kerana orang yang saya anggap special selama ini sanggup menerima saya.

Tapi ia tak semudah yang saya sangka, beronak duri kita tempuhi, lautan api kita harungi. Dan akhirnya berakhir dengan satu keputusan yang cukup drastik. Saya terdesak. Terdesak antara merebut cinta anda atau cinta Dia, dan yakinilah saya pilih Dia. Sesungguhnya cinta Dia tiada tolak bandingnya. 

Namun, saya biar anda terkapai-kapai melayan karenah hati dan emosi. Kerna sesungguhnya saya yang memulakan hubungan yang tak pernah diredhai ini. Saya minta maaf atas sebab itu. Dah tiada alasan pun untuk kita meneruskan perbuatan kita. Kesian anda, muram dan bersedih kerana saya. Maaf sekali lagi.

Bukan saya tak sayang, jauh sekali membenci. Tapi perpisahan ini perlu, untuk kita cari semula makna soleh dan solehah dalam diri.

Walaupun saya dah tak ada, Allah itu sentiasa ada, Dia tak pernah lupakan kita mengapa kita nak lupakan Dia dengan sewenang-wenangnya?

Janji dengan saya, berpisah di dunia, bertemu di syurga.

I admit it, it isn't easy to let you go. But for His sake, for His good sake and also for our sake, saya minta satu. Lupakan sahaja saya selagi mana saya melalaikan awak.

Keep in touch dalam doa okay?

Bi'iznillah kalau dah memang jodoh, dah tak ke mana. Kalau dia mahu, memang akan berlaku.

Jumpa di syurga.

Jangan nangis-nangis dah.

Wassalam terakhir dari ku buat mu Nurul Fasharina.

Be strong, I know you can do it okayy.

Semoga kuat.
***
"Ya Allah terima kasih atas tunjuk dan hidayah-Mu. Sesungguhnya Ramadan tahun ini sungguh bermakna buat ku. Sesungguhnya tarbiyyah Ramadan tahun ini memberi kesan dan impak yang besar terhadap ku. Sesungguh nya madrasah Ramadan tahun ini telah mengajar diri ku yang lemah ini." - Fasha.

Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.