Madrasah Ramadhan (Ep. 8)

27 Ramadhan.

Bilik Yusry.

2 hari sudah berlalu sejak kali terakhir suara Fasha kedengaran di telinga Yusry melalui perantaraan telefon bimbit.

Yusry: Hmmm, agak-agaknya dia masih tak calm down lagi kot.

Yusry: Tak apalah kalau dia tak nak call balik, mungkin dia dah dapat terima hakikat.

Yusry: Huh.

Yusry mendengus, masih terbaring di atas katil nya, memikirkan nasib yang sedang menimpa dirinya.

Yusry: Arghhhh, daripada aku duduk sini bazir masa lebih baik aku pergi tengok tv ke apa.

Langkah diatur menuju ke bilik ruang tamu di mana terletaknya TV. Air-con dipasang dan Yusry melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk bewarna kuning royal IKEA made. Satu per satu channel Astro di kaca TV di bukanya.

101, TV1, Berita Terkini.

"Hmmm, bosan."

411, HBO, Twilight Breaking Dawn Part 1.

"Lagi bosan."

701, AXN, NCIS.

"Cerita apa pulak ni."

801, ARENA, Malaysia vs Barcelona.

"Dah tahu siapa menang, tak payah tengok pun dah tahu Malaysia menang."

612, NICK, Spongebob.

"Haaa, yang ni baru OK. Layan jap lah."

Sejam pun berlalu.

"Laaa, dah habis dah Spongebob ni. Bosan lah, nak pergi jalan jalan sekejap lah kat luar."

Yusry: Abah, Aiman nak keluar sekejap tau.

En. Hisham: Pergi mana?

Yusry: Jalan-jalan area sini je, paling jauh pun Aiman sampai kedai syarikat Abang Daud.

En. Hisham: OK, tapi hati-hati.

Yusry: Aiman dah besar, Aiman boleh jaga diri. Aiman pergi dulu ya abah, assalamualaikum.

En. Hisham: Waalaikumussalam.

Aiman berjalan-jalan sekitar kawasan Subang yang berhampiran seperti yang dijanjikan kepada ayahnya. Destinasi nya jelas menuju ke arah suatu taman permainan.

Taman Rekreasi USJ 6.

Yusry: Dah lama pulak aku tak datang sini. Bila eh last sekali aku datang jalan-jalan sini.

Flashback mula menyusul.
**
2 tahun lepas.

Yusry terlanggar seorang perempuan lingkungan umurnya.

Perempuan: Haaaa.You see what you have done. Habis jatuh ais-krim aku.

Yusry: Eh sorry sangat-sangat.

Perempuan: Apa sorry sorry?

Terserlah ke-brutal-an perempuan tersebut.

Yusry: Dah dah. Tak guna pun marah sebab benda yang dah hilang. Jom ikut aku pergi beli ais-krim baru, aku belanja.

Perempuan: Eh, betul ke? Aku tak minta pun.

Yusry: Tak payah minta pun. Aku tak sanggup tengok perempuan comel macam you ni muka sedih sebab terjatuh ais-krim. Dah, jom follow aku.

Yusry dan perempuan tersebut pergi ke penjaja ais-krim. Yusry membeli dua batang ais-krim Top Ten, satu perisa coklat untuk dirinya dan satu lagi perisa vanilla untuk perempuan itu.

Yusry: Nah, this is for you.

Perempuan: Terima kasih. Eh by the way, nama aku Fasha. Nurul Fasharina to be exact tapi kau boleh panggil aku Fasha je.

Yusry: Oh, and nama aku Yusry. Nama panjang Muhammad Yusry Aiman tapi panggil aku Yusry. Just Yusry.

Fasha: Yusry Aiman eh? Boleh tak kalau aku nak panggil kau Aiman? or lagi pendek Im boleh tak?

Yusry: Im? Tak pernah lagi orang panggil aku nama tuh.

Fasha: Then I'll be the first.

Fasha melemparkan senyuman.

Yusry: Oh OK lah kalau macam tu. Im pun bunyi OK gak. Bunyi macam lain daripada yang lain, bunyi macam luar biasa, bunyi macam...

Fasha terus mencelah.

Fasha: Bunyi macam comel, macam orangnya.

Yusry terus terdiam namun terukir senyuman pada bibirnya, pipinya mula kemerahan. Malu. Blushed.

Fasha: Eh, by the way awak tinggal kat mana eh kat Subang ni?

Yusry: USJ 6 area sini je. Awak?

Fasha: Dekat USJ 4, yang ada Petronas besar tu. And kau sekolah kat mana?

Yusry: Sekolah? SBPI Subang Jaya yang kat USJ 5 tu.

Fasha: Eh? Kau biar betul? Aku sekolah situ gak tapi tak pernah pernah nampak kau.

Yusry: Kau kelas mana?

Fasha: 1 Abqari, kelas first. Kau?

Yusry: Memanglah tak pernah jumpa, aku kelas 1 Faiq.

Fasha: Ohh. Nanti jumpa kat sekolah tegur lah aku, jangan buat muka donno je.

Yusry: Itu pun kalau jumpa lah.
**

Terimbas kenangan lampau yang pernah suatu dahulu menjadi peristiwa manis. Yusry berjalan lagi sehingga tiba di kawasan gelongsor dan buaian.

Terkesima.
**
Setahun yang lepas.

Fasha: OK, saya kira sampai tiga and then you tolak ok.

Yusry: OK.

Fasha: Satu, dua dan tiga. Tolak!

Yusry menolak Fasha pada gelongsor.

Fasha: Weeee. Seronoknya. Jom one more time, this tyme biar saya tolak awak pulak.

Yusry: Tak nak lah. Apa kata you tolak I dekat buaian tuh, lagi best.

Fasha: OK, whatever you say, jom.
**

Masih segar dalam ingatan Yusry akan segala peristiwa manis bersama Fasha. Yusry berjalan lagi sehingga tiba di suatu pokok.

**
Yusry dan Fasha duduk bersandarkan pokok.

Yusry: Awak. Saya rasa saya nak jadi lebih dari kawan awak boleh tak?

Fasha: You mean like boyfriend and girlfriend stuff? Couple eh, macam tu ya?

Yusry menggangguk.

Fasha: Tapi saya tak pernah couple sebelum ni.

Yusry: Saya pun tak pernah, tapi jom sama-sama kita cuba, nak? Saya rasa awak ni lah teman sempurna saya.

Yusry bertentang mata dengan Fasha.

Fasha: OK, kita boleh cuba. Sama-sama kita rasa eh macam mana couple ni. Tapi kalau kita dah couple, saya ada satu syarat.

Yusry: Apa dia, cakap je lah.

Fasha: Awak jangan tinggalkan saya; langsung. Janji dengan saya, boleh?

Yusry: Saya janji.

Fasha tersenyum riang gembira.
**

Teringat pula Yusry akan saat-saat persetujuan antara dia dan Fasha untuk menjalinkan hubungan yang haram ini. Yusry duduk bersandarkan pokok itu; terkesima; menangis.
"Ya Allah, sesungguhnya aku rasa bersalah yang teramat kerna aku yang memulakan, aku yang membuka bicara untuk menjalinkan dan akhirnya aku yang melukakan hatinya demi menamatkan. Adakah kau redha atas perbuatan ku ini?"
 -Treeet- bunyi iPhone 5 nya jelas menandakan ada mesej yang masuk. 
ABAH: Aiman balik cepat, dah petang ni.
Yusry terus mengorak langkah untuk balik ke rumah. Tanpa disedarinya jam sudah menunjukkan jam 6.00 petang.

Malam itu.

Selesai solat tarawih, Yusry dan ayahnya pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, Yusry masuk ke dalam biliknya dan terus terjun ke atas katilnya, berbaring.

Tiba-tiba bunyi alarm dari iPhone 5 nya pula berbunyi.

-Tiiiiit tiiit tiiiiit-

Yusry: Ada apa pulak ni?

Kelihatan Reminders menunjukkan anniversary couple antara dia dan Fasha pada esok hari.

Flashback menyusul lagi.
**

12.36 malam.

Yusry sedang meniarap di atas katil nya yang empuk, ber-SMS dengan Fasha pada malam mereka bergelar couple.
Yusry: Tak ngantuk lagi ke?
10 saat kemudian.
Fasha: Tak. Kalau awak ngantuk pergi lah tido. Kesian awak nak stay up lama-lama.
Yusry: Saya pun tak ngantuk lagi lah.
Terbalas seminit kemudian.
Fasha: Ye lah tu. Tak baik menipu tau.
Yusry tersenyum.
Yusry: I tengah jujur ni sayang. (eh, tertulis sayang lak ^^v)
 Tak sampai 10 saat sudah dibalas semula.
Fasha: Tipu dosa, mati seksa, masuk api neraka, tak dapat masuk syurga tau tak? Btw lagi sweet lah kalau pakai sayang. Nak? :PPPPP
Yusry: Okay sayang.  :P
Fasha mengubah ke topik lain.
Fasha: Eh awak btw nanti tulat ni, I ada reunion dengan budak sekolah rendah I. I jumpa crush sekolah rendah I jeles tak?
Yusry: JEALOUS SANGAT :P
Fasha: Cehhh, I gurau je. Reunion tu perempuan sahaja lah. Sayang jangan marah ya.
Yusry: Tak marah pun.
Fasha: You restu tak I pergi ni? Boleh kan? 
Yusry: Boleh boleh. enjoy okay
Fasha: Thanks sayang, I love you.  
 **

Masih terimbas lagi segala kenangan. Kenangan pahit manis yang dilalui Yusry masih terpahat dalam ingatannya.

Yusry: Ya Allah, banyaknya salah aku. Aku hanya mampu pasrah ya Allah.

28 Ramadhan.

Yusry terbangun tatkala kesejukan menjangkau tahap kepanasan. iPhone 5 terus dilihat. Tulisan -no new messages- kelihatan.

Yusry: Masih tiada balas dari orang sana. Aku hanya anggap dia sudah dapat terima, alhamdulillah.

Yusry terus ke bilik ibu bapanya, mengejut mereka untuk bersahur.

6.40 pagi.

Selesai sudah rutin harian di bulan Ramadan di mana sahur mendahului, subuh menyusuli dan al-quran diamati.

Yusry ke tandas untuk bermandi-manda. Dalam sedang bermandi, tiba-tiba kedengaran satu bunyi dari bilik.

-Treeet treeet treeet treeet treeet- bunyi iPhone 5 milik Yusry tanda mesej baru sudah masuk. Yusry bergegas keluar dan terus mencapai untuk telefon bimbitnya. Kelihatan five new messages.

Message 1. 
Fasha: Awak. Saya dah pikir masak masak dan apa yang awak buat ni memang betul. Apa yang awak buat ni dah dorong saya untuk lakukan kebaikan walaupun ia membawa keperitan kepada saya. Semalam saya ada baca satu artikel dekat Facebook tentang couple, n dah jelas yg couple ni haram without no doubt. 
Message 2.
Fasha: And so saya pun buat solat taubat and tahajud malam tadi. Saya dah sedar apa yang kita buat selama ni salah, saya baru je sedar, tapi saya layak separuh, eh tak, mungkin lebih dari separuh untuk terima kasih kat awak sebab awak yang tolong saya ke jalan ni. Thanks Awak. I want to say I love you but mana
Message 3. 
Fasha: boleh cakap macam tu dekat ajnabi (okay ini perkataan saya baru belajar thanks to artikel tu -- maksudnya orang yang layak//boleh kita kahwini) sebab konfem konfem ada penyertaan nafsu syahwat di situ.Thanks sangat sangat sangat dekat awak sebab saya dah faham jalan yang sebenar.
Message 4.
Fasha: Tapi tak lupa, saya kena berterima kasih dekat Allah, sebab dia yang turunkan petunjuk dalam bentuk awak. Dia hantar awak sebagai seseorang untuk menyedarkan diri saya. Kini hamdallah saya dah terlepas dari satu dosa, dosa yang selama ni kita anggap halal tapi sebenarnya
Message 5. 
Fasha:  haram dan tak pernah diredhai Allah. Tapi kan ada satu benda yang saya nak awak tunaikan last bolehhhh? Ingat tak sebelum Ramadan yang janji awak tu untuk raya tahun ni? Tolong tunaikan ya. Itu je permintaan terakhir Fasha. Please okayy? Thanks.

Terimbas.
**
23 Syaaban.

Fasha: Awak. Awak tak perasan ke sekarang ni budaya kad raya dah pupus?

Yusry: Kenapa awak cakap macam tu?

Fasha: I ada baca kat satu blog ni, tajuknya 'Kad Raya Ucap Byebye Raya Tahun Ini'. Panjang benar tajuknya.

Yusry: I pun ada perasan juga. Ya lah, sekarang kan semua dah pakai Twitter and Facebook je untuk wish selamat hari raya. So giving kad raya ni dah macam tak ada orang guna sebab leceh and berkos.

Fasha: Hmmm, itu lah. Tapi Sha teringin la nak kad raya.

Yusry: Tak apa, nanti I buatkan satu special untuk you tyme hari raya nanti okay?

Fasha: OK. I ingat janji tu.

Yusry tersenyum tatkala mata bertentang dengan Fasha's.
**

Yusry menggangguk.

Yusry: Baiklah, akan ku kotakan permintaan terakhir mu itu.

Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.