Madrasah Ramadhan (Ep. 7)

-Tuuut - talian terus putus begitu sahaja. Yusry meletakkan iPhone 5 nya ke atas meja lalu mencari gerangan katil untuk berehat.

Yusry memandang siling biliknya yang berwarna putih kebiru-biruan.
"Ya Allah, aku pasrah." ucapnya.
Matanya mula tertutup, terbuai dengan buaian mimpi. 
"Yusry how can you do this to me? Yusry answer me! Jawab lah I!"
Yusry terbangun, peluh membasahi seluruh badannya.

Yusry: Ya Allah!

Yusry bangun dan terus mencapai iPhone 5 nya.

Yusry: Oh, 3 pagi. Aku mimpi buruk lagi ke tadi. Astaghfirullah.

Yusry terus membuka langkah ke tandas, mengambil wudhu' lalu mendirikan solat sunat tahajud dan seterusnya hajat, kemudian diakhiri dengan witir. Masih beristiqamah sepertimana yang dilakukan sejak malam keinsafan nya di SAMBANG.

Di situ Yusry membuka tadah tangannya, meminta dari Tuhannya; berdoa.
"Ya Allah, sesungguhnya aku telah memerangi apa yang kau larangi, dan aku telah memerangi apa yang kau benci, dan aku telah memerangi apa yang ku sudah menyalahi ke atas diriku buat selama ini, dan aku telah memerangi hawa nafsu ku yang meminta ku untuk masih di jalan yang salah ini dan juga aku telah memerangi syaitan syaitan yang kau cipta daripada api. Sesungguhnya adakah kau terima taubatku ya Allah? Ku nekad ku akan berhenti akan gejala ini di mana ku sudah ucapkan kata putus yang terakhir yang ku akan berhenti ya Allah. Ku akan berhenti."
Mutiara mutiara jernih mula membasahi pipi Yusry, dan sepertimana malam malam yang lain, Yusry tertidur di atas sejadah. 

25 Ramadhan.

5:30 pagi.

En. Hisham: Aiman! Aiman! Bangun dah nak imsak ni, cepat bangun sahur.

Yusry dalam keadaan mamai.

En. Hisham: Aiman bangun sahur cepat, ummi masak spesel kat dapur tu. Jom bangun.

Yusry: 2 minit jap ayah.

En. Hisham: OK ayah turun dulu.

5 minit berlalu.

En. Hisham: Eh Aiman bangun bangun. Dah nak lima empatploh ni, subuh nak masuk dah, cepat sahur.

Yusry menggeliat sebentar lalu terus bangun.

En. Hisham: Dah jom turun.

Yusry: OK ayah.

Yusry terduduk balik, terkesima.

*flashback*

Azizi: Oi Yuthghi, Yuthghi bangun oi. Dah lima dopuluh pagi dah ni. Thahur thahur. bangun cepat.

Azizi: Haaa, bangun pun kau. Nah bithkut dengan thuthu. Thahur cepat.

Azizi menghulurkan 3 keping biskut oreo dan susu dutch lady chocolate.

Yusry: Terima kasih la Zizi ya.


*tamat*
"Sanggup kau kejut aku sampai aku bangun Azizi? sedangkan ayah aku kejut pun punya susah. Terima kasih la kawan, terima kasih ya Allah kerana kurniakan kawan macam ni."
Yusry baca doa bangun tidur lalu turun ke dapur bagi menghadap sahur nya.

En. Hisham: Haa dah turun pun Aiman. Cepat makan, favourite Aiman ni mak masak.

Yusry melihat makanan yang terhidang di atas meja nya. Kelihatan roti disapu Nutella kegemarannya dan secawan susu Goodday.

Yusry tersenyum.

Yusry: Terima kasih ummi.

Puan Aisyah hanya tersenyum.

Yusry menghabiskan sahur nya dalam tempoh lima minit yang berbaki. 

Kemudian Yusry mengajak ayah nya untuk solat subuh berjemaah di masjid.

Yusry: Abah masjid jom!

En. Hisham: Betul Aiman nak pergi masjid? Tak pernah lagi Aiman minta nak pergi masjid dengan abah untuk solat subuh.

Yusry: Betul abah. Sekarang dah pukul 5.46, kalau macam ni dah tak sempat mandi, tunggu Yusry tukar baju dan gosok gigi and then kita terus pergi je lah, boleh tak ayah?

En. Hisham: OK. Ayah pun nak sarung kain jap. Nanti dah siap tunggu kat bawah ni.

Yusry: OK ayah.

Setelah bersiap-siap Yusry dan ayah nya terus ke masjid bagi menunaikan fardhu subuh.

6:10 pagi di masjid.

Kuliah subuh. Yusry terus mendengar walaupun ayahnya sudah tersengguk sengguk.

Tamat kuliah subuh dan Yusry terus mengambil al-quran tatkala melihat ayahnya sudah tertidur bersandarkan dinding.
"Tidur dalam masjid takpe, niat iktikaf dah ada, pahala pun dapat."
 Yusry terus mencari dan membaca surah al-waqiah dan yassin bagi menyinari hari Sabtu nya.

6.40 pagi.

Yusry: Abah, abah bangun. Dah pukul enam empatploh pagi, jom balik.

En. Hisham: Haaa, dah pukul enam patploh? Kenapa tak kejut abah awal awal tadi? Kalau tak, dah boleh balik awal, Aiman boleh tidur kat rumah.

Yusry: Aiman tak nak tidur lepas Subuh, tak elok la abah. Lagipun kalau tertidur pun, lebih baik Aiman tidur kat masjid ni, dapat pahala sebab iktikaf.

En. Hisham: Ohh, takpelah camtu. OK jom balik.

9.47 pagi.

En. Hisham mencari gerangan anaknya gara-gara ingin mengajaknya solat dhuha.

En. Hisham: Aiman oh Aiman! Muhammad Yusry Aiman bin Hishamuddin Abdullah!

Tiada jawapan. Terkata dalam hati Encik Hisham.
"Anak aku tidur kot, letih agak nya sebab tak tidur awal pagi tadi. Tapi baik aku pergi check jugak apa dia buat."
 En. Hisham ketuk dan membuka pintu bilik Yusry.

En. Hisham: Aiman! Aima...

Yusry: Allahu akbar.
"Oh, tengah solat dhuha rupanya. Tak apa lah macam tu."
 Seusai habis solat, Yusry mencari bapa nya.

Yusry: Abah. Abah cari Aiman ke tadi?

En. Hisham: Abah just nak ajak Aiman solat dhuha, tapi sebabkan Aiman dah solat pun, so tak apa lah.

Yusry: OK ayah.

Yusry kembali ke rutin harian nya, menghadap Macbook Air hadiah En. Hisham pada hari jadi nya yang bertarikh 16 Jun.

Yusry: Bi iznillah, bismillah.

Yusry membuka browser Google Chrome, lalu terbuka lah beberapa tab yang sudah di setting kan untuk buka. Tumblr menjadi singgahan yang pertama, kemudian Youtube dan Facebook dan akhirnya Twitter. Kelihatan new Direct Message.

Yusry: Eh, new ada 3 new message. Siapa pula nak DM aku pagi pagi ni.

Yusry terkejut saat melihat.

Yusry: Biar betul?

Yusry: Aku salah tengok kot.

Yusry membuka Direct Message tersebut.

Tertulis:

"Qiyam jangan tinggal, stay istiqamah. Quran jangan lupa baca, khatamkan selagi ada masa berbaki di Ramadan ini. Solat sunat don't forget. and most importantly jangan lupa aku. :)))))- Azizi."

Yusry tersenyum dan membaca semula dalam cara yang selalu Azizi membacanya; pelat.

"Qiyam jangan tinggal, thstay ithtiqamah. Qugh'an jangan lupa baca, khatamkan thelagi ada matha beghbaki di Ghamadan ini. Tholat thunat don't forghget and moth impoghtantly jangan lupa aku."

Yusry tergelak keseorangan.

Yusry: Alahai Azizi rupanya. Twitter username bukan main Aaron Azizi.

Yusry membalas. 

"InsyaAllah, bro. Tak kan nya aku forget member yang setiap hari kejut aku sahur :)"

Yusry membuka message yang kedua.

"Salam... Link yang aku bagi tu don't forget untuk buka, isinya sedap macam link nya. Btw, kirim salam dekat ayah dan mak kau tau, cakap special salam from Arief Ahmad 
si budak SAMBANG hehe. anyways brader, jangan lupa steady dalam ibadah, Allah itu sentiasa ada. wassalam."

Mesej ke 3 dan terakhir dibuka.

"Bro bro bro bro bro bro how r u? Kau balik en minggu ni? I know it coz aku nampak kau kat stesen bas semalam. camne sekolah baru, ok tak?" - Johan.

Yusry membalas kesemua message yang berbaki tersebut.

Yusry: Tak sangka friends aku semua tak lupa kan aku. Well sekarang nak baca blog yang Arief bagi tu lah.

Dalam saat Yusry menaip link tersebut, tergetar iPhone 5 nya.

-Treeeet- 

Yusry: Eh, mesej baru.

Terpampang mesej baru di atas skrin.
"Can we talk? Ai nak cakap dengan u boleh? Sekarang if possible." - Fasha
Yusry memandang siling, berfikir, dan akhirnya nekad untuk call. Nombor di dail, panggilan mula dihantar.

Yusry: Assalamualaikum. Apa yang awak nak cakap kan?

Fasha: Waalaikumussalam. You know what I want to talk about right?

Yusry: Pasal malam tadi?

Fasha: Emmm.

Yusry: Tak cukup jelas ke?

Bunyi tangisan jelas kedengaran dari sebelah sana.

Fasha: Sayaaaaang, kenapa you buat macam ni kat I?

Yusry: I nak buat benda betul, and please berhenti panggil saya sayang.

Fasha: Apa yang I dah buat salah kat you? Please tell me sayang. please.

Yusry: Awak. You have done nothing wrong. I just nak buat benda betul, benda yang berpandukan jalan syariat Islam. Awak tahu tak couple ni sebenarnya haram? Awak tahu tak yang benda kita buat selama ni haram?

Hanya tangisan kedengaran.

Yusry: OK lah. Macam ni la awak. I buat benda ni bukan sebab I benci kan awak atau you ada buat salah dekat I. Tapi I buat ni sebab I nak buat benda yang betul. Fasha, dah lama kita buat benda salah, awak tak tahu ke? Ini semua tak lain tak bukan tapi dosa, cuma syaitan yang buat kita rasa best selama ni. Kita cuma dalam permainan Monopoly takpun permainan Saidina para syaitan. Kita dimonopoli selama ni awak tak perasan ke?

Masih tiada jawapan dan tangisan semakin kuat kedengaran.

Yusry: Fasha? Sha? Please stop crying please, just for me, for your good sake please berhenti nangis. OK macam ni lah, nanti call I balik tyme you dah OK and then I boleh explain segalanya OK?

Dalam nada tangisan yang kuat Fasha menjawab.

Fasha: Okay.

-Tuuut- talian putus saat Yusry memicit butang merah.
"Ya Allah, bagaimana cara yang aku boleh aku buat untuk terangkan kepada dia? Sesungguhnya aku tidah mahu lukakan hati dia dan sesungguhnya aku mahu dia dapat menerimanya dengan redha. Tolonglah hambamu ini."

Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.