Madrasah Ramadhan (Ep. 6)

24 Ramadhan.

Yusry mengemaskan barang nya di dorm untuk balik cuti raya Aidilfitri. Arief datang lalu menegurnya.

Arief: Eh Yusry, kau dah nak balik ke?

Yusry: Ha'ah. Aku balik naik bas.

Arief: Eh, kau pun balik naik bas? Samalah kita. Kau balik mana?

Yusry: Rumah aku dekat je, dalam kawasan Subang ni jugak. Kau balik mana?

Arief: Lahhhh dekat je, aku balik Kuala Selangor sana tu bro.

Yusry: Jauh benar Kuala Selangor, tak dapat la buat baraan pergi rumah kau.

Arief: Hmmm, nampak nya macam tu lah. Anyways, aku nak bagi kau ni.

Arief menghulurkan sekeping kertas.

Yusry: Eh, apa ni Arief?

Arief: Buka lah.

Yusry membuka lipatan kertas tersebut, tertera tulisan 'krim-sedap.blogspot.com'

Arief: Ini lah blog yang aku cakap hari tuh, cuba kau bukak. Banyak benda ilmu dalam tuh. Nanti dah kau baca kau boleh lah kongsi kat orang lain lak ya.

Yusry tersenyum lalu menggangguk.

Yusry: Terima kasih brader.

Arief hanya membalas dengan senyuman.

Arief: Eh by the way, nanti tunggu aku kat pagar sekolah tau, kita pergi stesen bas sama-sama okay?

Yusry: OK beres.

Pukul 4 petang menyusul dan Yusry sedang menunggu di pintu pagar sekolah. Kelibat Arief belum berkelihatan.

Yusry berkata dalam hati.
"Mana pula si Arief ni, dah nak pukul 4 dah. Aku pergi dulu je lah."

Yusry memulakan langkah keluar dari pintu pagar sekolah. Tiba-tiba terdengar suatu jeritan dari belakang.

Arief: Wehhhhhhhhhhhh Yusryyyyyyyy! Tunggu aku!

Kelihatan Arief yang berlari lari anak sambil membawa beg besar berjenama Polo.

Yusry: Laaa, kenapa lambat sangat?

Arief: Sorry brader, seriously sorry. Aku terlupa ni balik cuti panjang, so kena la packing barang banyak sikit. Biasanya aku bawa balik barang sikit je.

Yusry: It's OK la brader, takpe takpe. Dah, yang penting kau dah sampai, lama aku tunggu kau tahu.

Arief: Sorry again la.

Yusry: Apology accepted. Dah dah, jom pergi stesen bas.

Yusry dan Arief mengatur langkah menuju ke stesen bas berdekatan.

Stesen bas.

Yusry berborak sedikit dengan Arief.

Yusry: So raya ni kau balik mana?

Arief: Hmm, balik Johor kot, kalau tak stay kat Kuala Selangor je la. Depends on my parents.

Yusry: Ohhh macam tu.

Arief: Kau?

Yusry: Bapa aku kata, tahun ni tak payah balik kampung. Duduk rumah study untuk PMR je.

Arief: Eh camtu pulak? Sedih betul aku dengar.

Yusry: Tu lah pasal. Tak pe lah, kita kena dengar cakap parents, kan berkat dorang tu penting.

Arief: Hmm, betul tuh.

Tiba-tiba, satu tepukan ringan berlabuh di bahu Yusry lalu dia menoleh ke belakang. 

Yusry: Eh??

Kelihatan kelibat Fasharina yang sedang memakai spek mata hitam ala ala artis.

Fasha: Hi awak.

Yusry: Eh, apa you buat kat sini?

Fasha: You forgot ke lupa ke apa? I kan duduk kat Subang ni macam you. Who's your friend?

Yusry: Ohh, ni Arief, kawan kat sekolah baru I.

Fasha melemparkan satu senyuman manis terhadap Arief seolah-olah meminta nya perkenalkan diri namun Arief hanya tersenyum sedikit lalu menundukkan pandangan.

Arief berkata dalam hati.
"Jaga pandangan kau Arief, inni so'im."
Fasha: Well anyways, macam mana you sekarang? Okay tak? I miss you and I know you know that.

Yusry: Emmm....

Tiba-tiba bas pun tiba.

Yusry: Eh sayan.... eh awak, bas dah sampai. Saya pergi dulu, malam ni I contact you okay. You standby depan phone lepas Tarawih okay?

Fasha: OK. Don't be late as you are selalu.

Yusry: Errr... OK.

Dalam bas.

Arief: Siapa tadi tuh? Siap pakai I you I you dengan kau.

Yusry: Kawan kat sekolah lama aku.

Arief: Cehh, takkan kawan biasa je kot, siap pakai I you la bagai.

Yusry: Okay, aku berterus terang dengan kau, tu girlfriend aku.

Arief: Astaghfirullahalazim Yusry. Kau tak pernah bagitau kat aku kau ada girlfriend.

Yusry: Err, sory la, kau marah ke?

Arief: Aku bukan marah sebab kau tak bagitau aku, aku marah sebab kau ada girlfriend. Kau tak malu ke? Tak malu dengan kawan kau? malu dengan ibu bapa kau? malu dengan cikgu kau? malu dengan nabi kau? and paling penting, malu dengan Tuhan kau?

Yusry hanya tertunduk; menangis.

Arief: Eh, jangan menangis kat sini pulak, nanti semua orang pandang. Jangan jangan, please stop, kau lelaki kan?

Yusry: Aku.. aku cuma nak peluang taubat. Tak boleh ke? Dah terlambat ke? Aku dah cuba dah nak berhenti dari gejala ni, can't you at least try to support me?

Arief: Lah, kalau macam tu bagus lah. Sorry la tak tanya dulu tadi.

Yusry: Macam ni cerita dia.

Dan Yusry pun bercerita tentang kisah nya dari inter-SUB sehinggalah ke SAMBANG dan sehinggalah pertemuan nya dengan Fasha sebentar tadi.

Arief: Oh, macam tu ke? La, seriously aku sorry tau.

Yusry: It's okay. Nanti malam ni dia akan start jadi ex-girlfriend aku dah pun.

Arief: Kau nak break up dah? Take it slowly la.

Yusry: No. Dalam kes ni tak boleh. Dulu tyme zaman Rasulullah, ada ke para sahabat teruskan minum arak selepas turunnya firman yang terakhir untuk berhenti minum arak? Ingat lagi ayat ni yang Ustaz Zaki dah ajar?

يأيها الذين ءامنوا انما الخمر و الميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون . انما يريد الشيطان ان يوقع بينكم العداوة والبغضاء فى الخمر والميسر ويصدكم عن ذكر الله و عن الصلاة فهل أنتم منتهون 

Ni ayat keempat dan terakhir yang Allah turunkan tentang arak. Para sahabat terus berhenti bro saat ayat ni turun walhal Ummar Al-Khattab siap berkata "Kami berhenti dari perbuatan kami ini ya Allah kami berhenti." Sama kes macam couple aku ni. Just imagine kalau Allah direct turunkan dalil "wala taqrabu zina" tu kat aku. Takkan aku nak lenggang lenggang bersenang lenang lagi macam takde apa apa berlaku.

Arief: Ada betulnya juga pada apa yang kau cakap. Serious bro aku boleh nampak yang kau betul betul ikhlas nak bertaubat. Semoga Allah membantu kau, insyaAllah. 

Yusry: Eh tu pun rumah aku, dah sampai dah.

Arief: Pehhh, besar gila. Nanti aku pujuk ayah aku suruh datang sini untuk beraya kat rumah kau. Buat open house tau jangan tak buat.

Yusry: InsyaAllah. Kat Malaysia ni pun kan semua orang raya sakan. Orang kata raya ni sebulan, so banyak lah masa lagi. Dah la aku pergi dulu.

Yusry dan Arief berjabat tangan.

Maghrib.

Azan sudah tiba dan Yusry berbuka bersama keluarganya.

En. Hisham: Aiman, macam mana sekolah baru. OK tak?

Yusry: OK je abah. Aiman rasa lagi seronok sekolah baru dari sekolah lama.

En. Hisham: Alhamdulillah, bagus la macam tu. Nanti solat maghrib lepas ni Aiman jadi imam ya. Lepas tu kita boleh terus siap siap untuk isya dan tarawih di masjid.

Yusry: OK abah!

Yusry menunjukkan ibu jari tanda good.

En. Hisham: Lagi satu.

Yusry: Apa dia abah?

En. Hisham: Malam ni kita buat tarawih doploh rakaat OK? 

Yusry: No problem.

En.Hisham: OK.

Encik Hisham berkata dalam hatinya.
"Biasanya anak aku cuba mengelat nak solat sunat banyak banyak, tapi kali ni no problem aje jawapannya. Alhamdulillah ya Allah. Tak sia-sia aku hantar anak aku pergi sekolah baru ni."
Yusry solat mengimamkan bapa dan ibu serta adiknya.

Kemudian bersedia untuk ke masjid.

Yusry meninggalkan iPhone 5 nya di rumah lalu pergi ke masjid dengan bapanya.

Malam itu di masjid, Yusry merebut peluang untuk bersolat di saf pertama.

10.45 malam.

Solat tarawih sudah habis dan Yusry menyimpan witirnya untuk qiyamullail.

En. Hisham: Eh tak nak solat witir ke Aiman?

Yusry: Aiman nak solat witir malam nanti, pukul 3 pagi nanti abah.

En. Hisham: Oh. OK lah macam tuh. Dah, jom balik rumah.

Yusry: Eh, sekejap abah.

Yusry mengeluarkan sekeping duit 5 ringgit dari poket lalu menyumbatnya dalam lubang tabung.

Sejurus dengan perbuatan anaknya, En. Hisham berkata dalam hatinya.
"Subhanallah anak ku dah pandai sedekah dah sedangkan aku ni yang tak bersedekah. Malunya aku kepada Mu ya Allah."  
Yusry: OK dah abah. Jom.

En. Hisham: Eh, sekejap. Nah Aiman ambil duit 10 ringgit ni letak dalam tabung tuh.

Yusry tersenyum.

Yusry: OK abah. OK dah jom.

Malam itu di rumah Yusry.

Kelihatan 3 miss call dan 10 new messages terpampang di permukaan iPhone 5 milik Yusry. Kesemuanya bertanda "Fasha Baby". Yusry membuka satu persatu mesej tersebut lalu kemudian mengambil alternatif untuk call Fasha terus.

0-1-9-2-0-0-4-9-6-5 di dail.

Kring Kring. Ada orang menjawab.

Fasha: Darlinnnnggggg where have you been?

Yusry: Sorry la, I buat solat tarawih doploh rakaat tadi.

Fasha: Wahh, sejuk hati I dengar you buat doploh. Tak apa lah kalau sebab tuh.

Yusry: Tapi kan awak, I ada nak bagitau something.

Fasha: Haa, just tell me.

Yusry: I nak break up dengan you.

-Tuuuut- terus talian putus dari sebelah sana. 


Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.