Madrasah Ramadhan (Ep. 5)

21 Ramadhan.

Sudah 11 hari sejak peristiwa Yusry dibuang sekolah. Yusry yang kini bersekolah di SAMBANG - Sekolah Agama Menengah Subang telah berubah menjadi seorang yang berbeza dek bertemu rakan-rakan baru.

Kini rakan baru nya, Wan Azizi dan Arief Ahmad menjadi teman.

Azizi: Eh, Yuthghi, jom makan. DM dah bukak.

Arief: Jom jom. Lauk DM panas lagi kalau pergi awal.

Yusry: OK, jom.

Begitulah teman barunya, Wan Azizi yang pelat untuk menyebut huruf S dan R agak menjengkelkan bagi Yusry namun, lama lama menjadi kebiasaan tatkala ukhuwwah mereka terbina. Arief pula baik orangnya, sentiasa mengingati orang.

7.32 malam.

Allahu akbar allahu akbar.

Di musollah, Azizi dan Yusry berbuka ringan setelah mendengar azan.

Azizi: Tuuu dia. Haa dah azan pun, makan jom.

Yusry: Tapi Arief mana?

Azizi: Yang hang tengah dengar thuagha thedap gila tuhh, thuara Aghief la tuh.

Yusry: Ohh, ye ke. Dekat sekolah lama aku, budak junior je kerja meng-azan nya.

Azizi: Hmm.. habis tuh pahala azan bagi kat junior je la ya? Senior mana? Dah cukup pahala ke weh?

Yusry terkedu; sentap.

Yusry mengajak Azizi ke DM untuk menikmati juadah yang lebih berat, namun Azizi menolak.

Yusry: DM jom Zizi. Makan nasi tomato kan buka puasa?

Azizi: Beghader, jom kita tholat maghrib dulu, tunaikan kewajipan, thambut theghuan ilahi dulu. Then kita thambut theghuan peghut kita ni OK?

Yusry: Alaaa, tapi aku dah lapar nak gila ni.

Azizi menghulurkan lagi sebiji kurma.

Azizi: Nah makan ni, Tahan lagi sekejap je, tak lama pun. 3 rakaat je maghrib tu.

Yusry: OK lah kalau camtuh.

8.00 malam.

Selesai sudah mereka menikmati juadah puasa, musolla al-furqan kebanggaan SAMBANG dituju mereka.

Yusry: So, biasanya korang buat apa sekarang?

Azizi menghulurkan Al-Quran berwarna merah jambu.

Azizi: Kita baca al-quran, takyah lah bazir matha buat keghja lagha.

8.44 malam.

Azan isya' berkumandang.

Arief: Dah jom solat isya'. Prepare wudhu' selengkapnya, sebab tonight kita nak buat Tarawih doploh.

Yusry: Haaa?! Doploh?! Kau biar betul.

Arief: Buat je. Bila lagi kau nak meraih pahala Ramadan kalau bukan kat Tarawih. Tarawih ni spesel kau tahu, bulan lain takde. 

Yusry: Aku tak pasti lah.

Arief: Paksa la diri tu sikit, join je. Aku ada terbaca kat satu blog tyme aku kat rumah hari tuh. Dia kata join je semua program program ibadah ni. Tak kesah la, tarawih ke, tadarus ke, qiam ke, join je. Jangan ponteng sebab bila lagi kita nak buat?  

Yusry: Aku try bro, aku try.

Seusai solat isya', Yusry terus melakukan solat sunnat ba'diah dek diajak rakannya.

Tiba-tiba sesuatu terlintas di hati Yusry.
Yusry: Ya Allah, kenapa aku rasa macam semangat semacam je malam ni. Adakah kerana kau memberi hidayah kepada hambamu ini untuk bertaubat? 
Tiba-tiba kedengaran, bilal memulakan selawat. dan Terawih pun bermula.

10.30 malam.

 Terawih pun berakhir.

Arief: See, I know you can do it. Doploh rakaat sekejap je kan.

Yusry: Thanks to kata-kata kau tadi. Nanti bagi link blog yang kau baca tu ya, aku terhingin pulak nak kunjung.

Arief: No problem, time balik kampung ni jugak aku bagi.

Tiba-tiba Azizi mencelah.

Azizi: Dah, apa lagi. Jom la mogheh. Thupper kat DM weh.

Yusry dan Arief tergelak melihat gelagat Azizi.

Yusry dan Arief: JOM!

Makanan supper - Mushroom soup

Yusry berkata dalam hatinya.
Yusry: Entah mengapa makanan ni rasa sebegitu sedap sekali. Ya Allah, Alhamdulillah atas kurniaan nikmat dan rezeki mu ya Allah. 
Setelah makan supper, Yusry terus menuju ke biliknya, tertidur.

22 Ramadhan.

2.00 pagi.

Yusry terjaga dari tidurnya. Jelas raut wajah mukanya memaparkan dia diserang suatu mimpi. Arief juga tersedar.

Arief: Kau mimpi buruk ke?

Yusry: Eh, tak lah.

Arief: Dah tu, kenapa muka macam kena serang hantu cina? Baju basah, peluh menitik je manjang.

Yusry: Takde apa apa lah, mimpi biasa je.

Yusry melihat jam loceng di sebelahnya. Jam menunjukkan 2.27 minit pagi - tepat jam dia bertemu dengan Fasha 2 hari sebelum tibanya Ramadhan.

Air mata mula menitik dari kelopak mata Yusry.
Yusry: Rupanya mimpi aku tadi bukanlah tak bermakna. Ya Allah, sesungguhnya Kau sahaja lah yang memberi hidayah kepada hambamu.
*Mimpi Yusry*

Fasha: Awak, awak dah lupakan kat saya ya?

Yusry: Mana ada. Walaupun kita berjauhan tetap boleh berhubung kan? Ustaz Zawawi kan dah pulangkan iPhone I. Kita boleh calling tyme I balik rumah nanti OK? Sekarang I tak bawak pergi ke asrama.

Fasha: You tipu! You tinggal kan fon you sebab tak nak contact dengan I kan?

Yusry: Mana ada sayang. Sayang don't be li...

Fasha: Apa sayang sayang? Dah la kita break lah macam ni. Awak tak bertanggungjawab terhadap I. Awak anggap I ni tak penting pun kan?

Yusry: Sayang, please janganlah macam ni. SAYANG!!!

*Tamat mimpi*

Yusry terus mengatur langkah menuju ke tandas bagi mengambil air wudhu'

Sekembalinya ke dorm, terlihat nya akan Arief yang sedang terbaring atas sejadah.

Yusry: Eh.. Arief, bangun bangun. Kalau ya pun tidur lah atas katil.

Arief: Oh, terima kasih Yusry.

Yusry membentangkan selimut nya acah acah sebuah sejadah. Solat sunat tahajud segera dilakukan. Kemudian disambung dengan solat taubat dan solat hajat. Solat witir pula sebagai penutup.
"Ya Allah, Alhamdulillah atas hidayah yang kau beri kepada hambamu, hamdallah ke atas petunjuk mu. Sesungguhnya engkaulah yang maha berkuasa atas segalanya."
Air mata Yusry tidak berhenti-henti mengalir, tatkala rasa insaf itu kini tertanam dalam jiwa nya. 

5.20 pagi.

Azizi: Oi Yuthghi, Yuthghi bangun oi. Dah lima dopuluh pagi dah ni. Thahur thahur. bangun cepat.

Yusry terbangun, kelopak matanya terbuka perlahan-lahan. 

Azizi: Haaa, bangun pun kau. Nah bithkut dengan thuthu. Thahur cepat.

Azizi menghulurkan 3 keping biskut oreo dan susu dutch lady chocolate.

Yusry: Terima kasih la Zizi ya.

Azizi: Thama-thama, dah cepat makan. Nak imthak dah ni.

Yusry: Eh aku tidur atas ni ke?

Azizi: Ha'ah. Agak-agak nya lah kan, kau terjatuh katil kot. Tak apa, aku tak bagitau orang lain. Dah, makan cepat.

Yusry hanya terdiam; tidak mahu memberitahu bahawa dia tertidur di atas lantai tatkala letih berqiyamullail.

8.30 pagi.

Di kelas barunya, 3 Ghamidi, Yusry tertidur dek guru sedang mengajar.

Ust. Zaki: Yusry. Yusry Aiman, bangun sekarang.

Rakan sebelah Yusry merangkap Arief mengejutnya.

Arief: Yusry, Yusry. Bangun Yusry oi.

Yusry terbangun; terkejut kerana semua mata memandang ke arahnya.

Ust. Zaki: Lain kali jangan tidur masa kelas, baik?

Yusry: Baik, minta maaf cikgu.

Ustaz Zakiuddin terperasan akan keadaan Yusry.

Ust. Zaki: Eh, Yusry, kenapa mata kamu lebam lebam?

Yusry terdiam.

Ust. Zaki: Kamu jumpa saya selepas habis kelas nanti baik?

Yusry menggangguk tanda faham.

Kring kring. Loceng berbunyi tanda kelas PAI sudah habis.

Ust. Zaki: Baiklah, semua bangun. Nanti kamu baca yang tajuk yang saya dah beri tadi. PMR nak dekat jadi kamu kena mula ulang kaji dari sekarang.

Semua murid menjawab serentak.

Murid: Baik Ustaz Zaki.

Ust. Zaki: Yusry, meh sini ikut saya pergi ke bilik guru sekejap.

Yusry akur dengan arahan guru nya itu.

Setibanya di bilik guru, Yusry memulakan bicara.

Yusry: Ada apa ustaz panggil saya? Saya ada buat salah apa-apa ke? Saya dah minta maaf kat ustaz tadi bukan?

Ust. Zaki tergelak kecil.

Ust. Zaki: Kamu mana ada buat salah apa-apa. Cuma kamu teringatkan tentang ustaz zaman remaja dulu. Buat pengetahuan awak, saya ni dulu sekolah sini. Dan saya pernah tertidur di meja yang sama awak tidur pada tarikh yang sama. Biar saya teka, kamu qiyam ya semalam?

Yusry hanya mengangguk gara-gara takut akan riyak menguasai dirinya.

Ust. Zaki: Subhanallah, inilah pelajar yang kita mahu. Bagus, syabas sekali lagi. Saya merasai bahawa malam tadi seperti malam lailatul qadar bukan?

Yusry: Iye ke?

Ust. Zaki: Kamu tak dapat rasa ke?

Yusry terdiam seketika. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

*Flashback* 
"Ya Allah, kenapa aku rasa macam semangat semacam je malam ni. Adakah kerana kau memberi hidayah kepada hambamu ini untuk bertaubat?"
"Entah mengapa makanan ni rasa sebegitu sedap sekali. Ya Allah, Alhamdulillah atas kurniaan nikmat dan rezeki mu ya Allah."
"Rupanya mimpi aku tadi bukanlah tak bermakna. Ya Allah, sesungguhnya Kau sahaja lah yang memberi hidayah kepada hambamu."
*Tamat flashback*

Yusry berkata kepada dirinya.
Yusry: Rasa semangat, makanan sedap, mimpi dari Allah, udara nyaman, bukankah itu semua hampir macam tanda tanda Lailatul Qadar.

Yusry: Ada betulnya pada apa yang Ustaz cakap tadi.

Ustaz Zakiuddin hanya tersenyum.

Ust. Zaki: Kalau betullah semalam itu malam lailatul qadar, sesungguhnya kamu Yusry dah tergolong dalam golongan yang untung - golongan yang sedikit.

Yusry: Golongan yang sedikit? Mengapa saya dalam golongan yang sedikit pulak ustaz? Saya kurang faham.

Ust. Zaki: Golongan yang sedikit inilah mereka golongan yang untung. Mereka yang beriman dan bertaqwa, yang meraih cinta Rabb-nya. Mereka lah yang dapat menjejaki syurga kelak insyaAllah.

Yusry: Tapi Ustaz, macam mana saya nak tergolong dalam golongan itu sedangkan saya dah buat maksiat selama ini.

Ust. Zaki: Maksiat? Apa maksud kamu? Saya tengok kamu baik baik sahaja.

Yusry: Itu lah yang ramai orang tak tahu. Saya pindah sini bersebab, bukan tanpa sebab.

Yusry mula bercerita. 

*Flashback*

12 Ramadhan.

Yusry ber-packing untuk keluar dari SBPI USJ 5.

Zarif: Yus brader, lepas ni kita orang tak dapat jumpa kau lagi lah. Maklumlah, aku asal Perak, Jon pula asal Johor, kalau nak jumpa time sekolah je lah.

Yusry: Nampaknya macam tu lah. Tak apa, form kita kan ramai lagi. Tak payah nak sedih sedih sangat lah, macam perempuan dah aku tengok kau ni.

Zarif: Aku sedih bukan sebab apa, sebab aku dah kehilangan seorang kawan yang cukup bermakna bagi aku. Cuba kau ingat balik, siapa yang ajar aku main takraw? Siapa yang selalu teman aku belajar Matematik malam malam? Siapa yang selalu support duit time kita balik naik KTM?

Yusry mula mengalirkan air mata. Mereka berpelukan.

Zarif: Aku sayang kau Yusry sebab tu aku tak nak kau pindah.

Yusry: Tapi dah takdir nak buat macam mana. Takpe, fon ada, kita masih boleh contact.

Petang itu, kereta BMW yang dipandu oleh driver Yusry tiba. Kini masa untuk dia bertolak dari SBPI USJ 5 ke rumah nya.

Setibanya di rumah.

En. Hisham: Dah balik pun anak abah Aiman.

En. Hisham memanggil anaknya dengan nama belakang.

En. Hisham: Aiman, kan sekarang dah susah. Mana abah nak letak muka abah? Anak abah kena buang dari sekolah, yang berprestij pula tuh.

Yusry: Ai... Aiman minta maaf abah. Janji, tak kan buat lagi.

En. Hisham: You can promise me?

Yusry: Yes.

En. Hisham: Then I forgive you. Tak apa, abah dah jumpa satu sekolah baru untuk Aiman, Abah nak hantar Aiman ke sekolah agama, tak jauh pun dari sekolah kita tapi Yusry kena duduk asrama faham?

Yusry: Sekolah agama?

En. Hisham: Ya. Sekolah agama.

*Tamat flashback*

Yusry juga bercerita tentang mimpi nya semalam.

Ust. Zaki: Oh begitu. Allah itu Maha Pengampun. Kamu buat dosa besar mana pun, jika kamu betul betul bertaubat, dia akan ampunkan. Sebenarnya ini semua adalah takdir Allah. Awak tahu tak, kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah lah sebaik baik perancang. Dia dah susun elok dah untuk kita. Pasal mimpi awak tuh, makna di sebaliknya bukan dia yang akan break up dengan awak, tapi sebaliknya, awak yang kena ambil alternatif untuk break up dengan dia.

Yusry: Break up tu tak mudah ustaz. Saya tak sang...

Ust. Zaki: Yusry, Yusry. Awak memang mengingati tentang saya tyme zama remaja saya dulu. Sebenarnya awak sama dengan saya dulu, cuma saya tak kena buang sekolah lah. Saya pun dulu couple juga di usia awak ni. Break up itu perit, tapi ia berbaloi dan berhasil, yakinilah pada Dia. Buat apa nak raih cinta si dia, kalau si Dia punya cinta pun kita tak dapat nak raih?

Yusry: Macam tu ya ustaz. Terima kasih la ustaz. Saya akan ambil iktibar dari apa yang ustaz beritahu saya tadi.

Ust. Zaki: Baiklah, sama sama. Jangan lupa study PAI ya, PMR nak dekat.

Keluar sahaja Yusry dari bilik guru, dia berkata dalam hati.
"Ya Allah, sesungguhnya semua yang kau aturkan adalah terbaik buat diriku. Syukur ku terhadap mu kini tidak tergambar ya Allah. Di sini ku telah banyak pelajari benda baru, ilmu baru dan paling penting, perubahan diriku yang baru, Alhamdulillah."


Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.