Madrasah Ramadhan (Ep. 4)

Fasha bergerak perlahan, tidak seiring dengan degupan jantunya yang berdenyut laju.
Fasha berkata dalam hatinya.
Fasha: Jangan - jangan cikgu dah tahu pasal aku and Yusry. 
Fasha: Tapi tu tak mungkin. How come cikgu boleh tahu? 
Fasha: Takkan PK BADAR tu dah bala. 
Fasha: Konfem la ni. Tak ada kemungkinan lain dah. 
Tiba-tiba Fasha terhenti gara-gara suatu lembaga besar yang berdiri di hadapannya. Fasha menoleh ke atas.

Fasha: Eh! Assalamualaikum Cikgu Aiman.

Cikgu Hashim Aiman yang terkenal sebagai guru sukan juga guru cemerlang Bahasa Melayu di SBPI Subang Jaya menjawab salam.

Cg. Aiman: Waalaikumsalam. Nama kamu kena panggil ya tadi Fasha?

Fasha: Ya cikgu. Saya kena pergi ke pejabat cepat, Ustaz Zawawi panggil.

Cg. Aiman: Pergi lah kamu. Lain kali pandang depan masa berjalan tu ya.

Fasha: Baik cikgu.

Cikgu Hashim melemparkan senyuman manis, namun Fasha tetap bermasam muka gara gara memikirkan nasibnya.

Ust. Zawawi: Haa Fasharina, sampai pun kamu.

Fasha: Assalamualaikum ustaz. Maaf lambat, saya terserempak dengan Cikgu Aiman tadi.

Ust. Zawawi: Waalaikumsalam. Takpe takpe. Sebelum tu, kamu ada nak cakap apa-apa kat saya?

Fasha: Tak.. Tak ada ustaz.

Ust. Zawawi: Kamu tak tahu kenapa saya panggil kamu ke sini?

Fasha: Tak.. ta ta tak ustaz.

Ust. Zawawi: Ke kamu buat buat tak tahu.

Fasha: Be.. betul ustaz, tak tahu ustaz.

Ustaz Zawawi menunjukkan skrin iPhone 5 Yusry, yang memaparkan inbox bertanda nama 'Fasha Baby' 

Ust. Zawawi: Dah faham kenapa?

Fasha hanya tertunduk bawah, tidak bermaya lagi berkudrat untuk menoleh ke atas bagi memandang ustaz nya.

Ust. Zawawi: Fasha dan Yusry. I can't believe it lah. Kamu ni budak inter-SUB. Budak budak terpilih dari seluruh Malaysia ni. Bukan senang you know nak masuk sini.

Fasha dan Yusry tertunduk, diam.

Ust. Zawawi: That's it. Kamu tinggalkan saya dengan tiada pilihan. Saya akan call parents kamu.

Yusry terus mencelah.

Yusry: Jangan ustaz, tolonglah jangan. I beg you please don't.

Ust. Zawawi: Kenapa pulak jangan? Awak dah buat salah laku, ini pengajaran buat kamu.

Yusry kembali tertunduk, hampa.

Ustaz Zawawi membelek-belek fail rekod pelajar bagi mencari nombor telefon ibu bapa Yusry dan Fasha.

Ust. Zawawi: Haaa, jumpa pun.

Nombor telefon di dail.

0-1-9-2-2-6-4-9-9-3

Teet teet, teet teet, fon berdering.

Ust. Zawawi: Haa, assalamualaikum. Ini encik Hisham ke?

Tiada jawapan di talian. Tiba-tiba kedengaran suara.

Ust. Zawawi: Ini encik Hisham ya?

Talian: Encik Hisham wo? siapa itu Encik Hisham maa?

Ust. Zawawi: Ini bukan encik Hisham ya? maaf.

Talian: Ini manyak bukan wo, wrong number lah.

Yusry tergelak sedikit.

Ust. Zawawi: Apa yang kamu gelak-gelak haa? Kamu pikir lawak?

Yusry: Bukan apa ustaz, itu nombor ayah saya yang lama. Sekarang dia dah tukar nombor.

Ust. Zawawi: Dan nombor dia yang baru ialah?

Yusry hanya terdiam.

Ust. Zawawi: Fine, fine, tak nak bagi ya? Saya akan cuba call Fasharina punya bapa pula.

Nombor telefon sekali lagi di dail.

0-1-3-2-1-9-9-6-3-8

Treeetit treetit, treetit treetit, fon berdering.

Ust. Zawawi: Assalamualaikum, ini encik Kamaruddin bukan?

En. Kamaruddin: Ya ini saya. Ada apa?

Ust. Zawawi: Saya cuma nak menyatakan bahawa anak encik sudah ditangkap couple dengan seorang budak di sekolah ini.

En. Kamaruddin: Apa?! Anak saya couple?

Ust. Zawawi: Pihak kami mengharapkan bahawa encik boleh datang ke sekolah sekarang juga bagi menyelesaikan masalah ini.

En. Kamaruddin: Tiada masalah, saya pun tak kerja hari ni. Assalamualaikum.

Ust. Zawawi: Waalaikumsalam.

Ust. Zawawi memandang ke arah Yusry.

Ust. Zawawi: Yusry, kamu masih tak nak bagi nombor telefon ibu bapa kamu?

Yusry hanya tertunduk.

Ust. Zawawi: Baiklah jika begitu. Kamu berdua duduk dahulu, Nik Afiq kamu boleh pergi.

Nik Afiq: Terima kasih ustaz.

Fasha bercakap sebentar dengan Yusry dengan nada yang halus dan perlahan.

Fasha: Awak, I'm so sorry I got you into this trouble.

Yusry: It's okay sayang.

Fasha: Tapi you tak faham. Bapa I garang orangnya, garang gila, dia macam harimau yang boleh terkam dinosaur lah.

Yusry: It's okay, I'll go through it.

Peluh jelas mula menitik dari dahi Yusry.

Setengah jam kemudian, jelas bunyi satu ketukan di pintu.

Ust. Zawawi: Silakan masuk.

Maka masuklah seorang yang bertubuh badan besar, gempal.

En. Kamaruddin: Assalamualaikum.

Bibirnya terukir senyuman, namun matanya tajam mencari gerangan anaknya, Fasha.

Fasha: Papa, I'm so sorry papa. It's all my fault. Dia tak bersalah.

En. Kamaruddin: Ahh, papa tak kesah. Mana mungkin anak papa yang papa dah didik jadi macam ini. Ni semua mesti anak jantan ni punya pasal.

Ust. Zawawi: Ehemmm! En. Kamaruddin, boleh saya cakap dengan encik in private? Kita biar mereka tunggu di luar, boleh?

En. Kamaruddin: Baiklah.

Yusry dan Fasha keluar dari bilik Ustaz Zawawi dan menunggu di halaman ofis pentabiran.

Kedengaran suara yang meninggi dari dalam bilik Ustaz Zawawi.

Yusry dalam hatinya.


Yusry: Ya Allah, apa aku nak buat ni, moga selamat insyaAllah.
Seusai sejam berlalu. En. Kamaruddin keluar dengan lajunya.

En. Kamaruddin: Fasha, come with me, outside!

Fasha: Baik papa.

 Ustaz Zawawi mendekati Yusry yang masih terpinga-pinga.

Ustaz Zawawi: Saya dah kata baik kamu panggil ibu bapa kamu tadi, kamu tak nak, degil. Kalau mereka ada sekurang-kurang nya mereka boleh back up kamu. Kes seperti ini sudah banyak terjadi Yusry, dan inilah hasilnya jika ibu bapa berpihak kepada seorang anak sahaja.

Yusry: Apa yang ustaz bincangkan tadi?

*Flashback*

En. Kamaruddin: Ustaz, saya yakin, konfem ini bukan salah anak saya. Saya dah didik dia dengan elok, baik-baik, sekolah rendah, dia siap dapat tokoh agama takkan jadi macam ini pula. Kes macam ni biasanya mesti berpunca dari laki laki ustaz. Saya tahu sebab saya lelaki, dan ustaz pun lelaki bukan?

Ust. Zawawi: Ya, saya tahu, memang biasanya berpunca dari lelaki. Saya faha...

En. Kamaruddin terus mencelah.

En. Kamaruddin: Saya tak kesah, lelaki ke perempuan yang salah, saya tahu budak lelaki itu kena buang sekolah dari sekolah ini. Muktamad.

Ust. Zawawi: Mana boleh macam tu encik.

En. Kamaruddin: Keputusan saya muktamad. Dah, sekarang saya ada hal, saya pergi dulu.

En. Kamaruddin terus menuju ke pintu lalu keluar dari bilik.

*Tamat flashback*

Ust. Zawawi: Macam itu lah jadinya. Nak tak nak, kita kena patuh dengan apa yang ibu bapa minta.

Yusry: Ja.. jadi, saya kena gantung sekolah la ni ustaz?

Ustaz Zawawi tertunduk buat kali pertama.

Ust. Zawawi: Bukan kena gantung sebab sebab kamu fly dan semua itu, tapi kena buang.

Yusry terkejut, tergamam.


Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.