29.

doploh lapan ramadhan.

rumah.

6.40 petang.

aku keluar rumah, menemani abah ku untuk pergi ke bazaar ramadhan.

buat pertama kali nya ramadhan ini ku menjejakkan kaki di bazaar.
ku toleh ke sana sini, first impression - pelbagai ragam orang. orang naik kereta sport pun turun padang join belanja sakan di bazaar, ini kan pula orang biasa biasa.

jalan jalan sakan cari makanan yang secukupnya untuk 9 orang di rumah.

sekali pandang, nampak kanak kanak kecil. main mercun. biasa la tu, kanak kanak, tak mumayiz lagi kan.

toleh tempat lain, nampak remaja sebaya dengan aku. lelaki. bracelet purple kat tangan. agaknya rambut dia hairstyle sempena hari raya kot. 

toleh tempat lain pula, perempuan pakai baju ala diva, seluar skinny maut, free hair. free dosa untuk aku.

masa membeli-beli pulak, usha orang yang menjual. bukan mengusha yang bukan bukan, jangan pikir jauh sangat, tau la dah jauh nun kat kampung nuh.

orang yang menjual. tangan berminyak, muka letih, riak wajah tampak lesu. jelas; penat mencari rezeki.

6.53 petang

abah ku dapat satu sms.

dari abang ku rupanya.
abah, rumah blackout tiba tiba.
oh sudah, blackout pula.

sampai di rumah, 7.25 malam cenggitu.

nak azan dah.

pergi dapur, unpack semua yang dah beli tadi, letak dalam mangkuk elok elok.

dapur ternyala dengan dua lilin dan lampu lampu gajet masing masing. nak kata ala ala candle light dinner pun boleh, macam konsert pun boleh juga. headlamp gua tempurung masa form 1 dulu juga turut menyumbang sama.

azan tiba.

semua berbuka dahulu dengan kurma yusuf taiyoob dan jus oren.

alhamdulillah, nikmat nya berbuka puasa.

kuih-muih pula dijamu. srimuka dan apa ntah nama lagi dua kuih, terlupa pula.

kemudian, juadah yang tersedia di makan. dengan lahap. dan tidak kesenonohan yang teramat. oleh aku sorang lah. adik beradik aku yang lain dan juga abang ipar aku semua nya gentle gentle belaka. gentles termasuklah baby Iman yang senyap je (sebab dia sorang dapat kipas - battery fan)

selesai berbuka, solat maghrib. dengan perut yang penuh tadi, paksa diri.

8.40 malam

getting ready untuk tarawih tonight. last tarawih for the year.

sebelum masuk kereta, sempat kami toleh ke atas.

malam tenang, langit bewarna hitam kemerah merahan. indah, subhanallah.

terus masuk kereta and bertolak.

masjid al-firdaus, selayang baru.

kereta tinggal sedikit je. dulu tak boleh parking dalam, tiba tiba berkesempatan pula.

sampai sampai, terus ambil wudhu'. aku seorang sahaja. yang lain semua dah standby wudhu' dari rumah. datang datang terus pecut join solat.

aku ambil slowly and slowly. and terus masuk ruang solat.

tinggal banyak ni je saf nya?

rakaat ke-4, tahiyyat akhir. join aje lah. masbuk.

sedang dalam solat di rakaat ketiga, satu tepukan berlabuh di bahu.

terkejut dalam hati.

oh, nak ber-imamkan aku ke. tak mengapa.

salam terakhir dan ku toleh ke belakang. kelihatan 3 pemuda. kemudian ku bangun.

sunnat ba'diah sebentar di sisi masjid.

selesai.

imam mula berbibacara. 

oh, ada tazkirah sedikit dari nazir masjid.

diri kata stay, hati kata belah.

nekad nak duduk dengar.

habis tazkirah.

tahlil ringkas.

oh, malasnya ku berkata pada diriku.

paksa diri.

badan terus bersandarkan dinding.

hampir terlelap.

sedar sepenuhnya, tahlil dah habis.

bilal mula selawat. dah tarawih dah.

cepat cepat nak masuk saf depan, dapat lah saf kedua. cuma rasa janggal sedikit.

sebelah kiri aku budak kecik, pakai baju warna merah, gemuk berisi gak badan.

sebelah kanan pula orang dalam lingkungan empatpulohan kot.

solat kurang khusyuk tatkala budak sebelah kiri aku tu goyang goyang je manjang. ke kanan, ke kiri. naik buaian ke dik?

orang sebelah kanan pula yang aku asyik dok mengusha je dari awal tarawih. tersengguk sengguk time solat. letih bekerja agaknya.

habis solat, fuhhhh lega. witir disimpan. keluar buat gathering dengan ahlul family yang lain.

sorang hilang. tandas kot.

sorang hilang merupakan peluang nak pergi moreh. atur langkah pergi ke belakang masjid, tempat terletaknya kantin masjid.

roti dan bubur durian, alhamdulillah. favourite family, aku sorang je dapat menikmati.

eh dah terlambat pulak. rushing pergi jumpa ngan family semula. terbawa bubur tadi masuk dalam kereta.

"wah sedapnya, ni makanan moreh eh Man?"

dah nama favourite, semua tertarik menarik terhadap bubur durian tu.

"hmmm.. jom moreh."

tak jadi balik, pergi moreh. gara-gara hanya sebab aku bawa bubur tadi masuk dalam kereta. mungkin sebab bau nya yang memang tak dapat nafikan berbau, tapi sedap dan harum.

semua makan dengan lahapnya. dah sedap nak gila kan, plus dah lama tak makan pula tuh.

dalam menikmati moreh, terhembus deruan angin yang tenang. longlai je. tak kuat, tak laju, tapi tenang.

habis makan.

balik rumah.

rumah dah ada lampu balik, api dah hidup. no blackout.

alhamdulillah tersemat di dada, hamdallah tersemat di hati.

masuk rumah, terus menghadap komputer. sehinggalah sekarang.

blogging aje manjang.

seterusnya apa pula?

kita nantikan aje. kalau ditakdirkan untuk berjaga malam, insyaAllah dapat punya.

itu cerita aku. 

cerita kau bagaimana?

malam ni malam doploh sembilan. dua-puluh sembilan. 29.

mungkin boleh jadi malam lailatul qadar.

tak nak kejar ke?

jom kejar dengan aku nak?

jom.










Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.