Madrasah Ramadhan (Ep.3)

Semua murid masih senyap menantikan nama yang hendak disebut Ustaz Zawawi.

Ust. Zawawi: dan... Nik Afiq Zolkifli! Kamu berdua sila hadir ke bilik saya setelah tamat perhimpunan nanti. Baiklah saya akhiri ucapan saya dengan Wassalamualaikum warahmatullah.

Perhimpunan tamat.

Yusry berkata dalam hatinya.
Yusry: Wooh... mujur bukan Fasha yang kena panggil tadi. 
Yusry: Selamat cikgu masih tak tahu lagi.
Yusry: Alhamdulillah.
Yusry: Harap-harap tak terbongkar lah pasal perhubungan aku dengan Fasha ni.
Tiba-tiba, satu tepukan ringan berlabuh di atas bahu kirinya. Yusry terus menoleh ke belakang.

Johan: Haa, sedar pun kau. Aku panggil daripada tadi buat donno je.

Zarif: Eh Jon tak payah lah marah dia. Dia tengah fikir nasib malang apa la menimpa dia kena panggil dengan ustaz.

Johan: Ya tak ya juga. Dah la kena panggil dengan budak kurus kelas pertama tuh. Siapa nama dia lagi sekali? Haa.. Nik Afiq.

Zarif: Kurus la sangat, macam gajah betina pun ada badan dia kau tahu.

Johan dan Zarif tergelak berdekah-dekah. Namun, Yusry masih terdiam.

Zarif: Eh Yus, come on la. Kena panggil dengan cikgu je pun, that's normal OK.

Yusry: Aku bukan kisah pasal kena panggil, cuma aku pelik kenapa kena panggil dengan Afiq?

Zarif: Kau pergi la dulu and then kau tahu lah kenapa.

Yusry terus mengorak langkah menuju bilik Ustaz Zawawi.

Ust. Zawawi: Haaa, sampai pun kamu. Dah lama saya menanti awak tahu.

Yusry: Maaf ustaz, saya jumpa kawan sekejap tadi.

Ust. Zawawi: Tak mengapalah. Awak tahu kenapa awak berada di sini?

Yusry: Tentulah tidak, ustaz. Saya ada buat salah apa-apa ke?

Yusry menjawab lalu menoleh ke arah Nik Afiq yang masih berdiam diri.

Ust. Zawawi: Hmm, memang awak ada buat satu kesalahan, bukan ringan tetapi berat.

Ustaz Zawawi menyeluk poketnya lantas mengeluarkan sebuah telefon iPhone 5.

Ust. Zawawi: Awak tahu ini siapa punya?

Yusry menjadi panik.

Yusry: Tid.. Tidak ustaz. Saya tak pernah lihat pun.

Ust. Zawawi: Memanglah. Sebab telefon ini milik saya, anak saya belikan.

Yusry melepaskan nafasnya. Lega.

Yusry: Cantik henpon ustaz, berkilat.

Wajah Ustaz Zawawi yang kian senyum berubah menjadi serius. 

Ust. Zawawi: Memang cantik. Tapi yang ini pula siapa punya ya?

Ustaz Zawawi menyeluk poket-nya lagi sekali. Keluar lagi sebuah iPhone 5 bewarna hitam.

Yusry berkata dalam hatinya.
Yusry: Haaa?! Itu aku punya. Macam mana dia boleh dapat.
Yusry: Hmm.. Ini mesti kerja si gajah sebelah aku ni. Patut pun dia kena panggil sekali.
Yusry: Tak tahu ustaz. Saya tak biasa tengok henpon canggih canggih ni.

Ust. Zawawi: Betul tak tahu? Habis tu kenapa kat dalam Photos ni banyak gambar kamu? Bukan gambar kamu sahaja malah gambar pelajar perempuan pun ada dalam ni!  Kamu pikir saya ni bodoh? Kamu pikir saya tak pergi ke sekolah macam kamu dulu?

Ustaz Zawawi terus membelek-belek isi iPhone 5 Yusry. Ustaz Zawawi membaca inbox.

Ust. Zawawi: Astaghfirullahalazim! Macam ni ke pelajar Inter-SUB? Nik Afiq, pergi buat pengumuman panggil Nurul Fasharina hadir ke pejabat saya sekarang juga.

Nik Afiq: Baik ustaz.

Sementara di kelas 3 Abqari.

Sabrina: Eh, mujur nama kau tak kena sebut dengan ustaz. Aku mati-mati pikir kau tadi.

Fasha: Alhamdulillah lah. Allah nak selamatkan hubungan kami, mana boleh lawan takdir kan.

Sabrina: Semoga kekal la hubungan korang. Dah banyak pancaroba korang lalui, dengan kantoi henset kau lagi. Mujur Kak Huda tu tak bagitau cikgu.

Tiba-tiba pengumuman menyusul.

PERHATIAN KEPADA NURUL FASHARINA, SILA HADIRKAN DIRI ANDA 

KE BILIK USTAZ ZAWAWI SEKARANG JUGA, HARAP MAKLUM.

Sabrina: Alamak! I spoke to soon.

Fasha: Ada apa pulak ni.

Hati Fasha berdegup laju.

Fasha: Aku pergi dulu.

Sabrina: Good luck.




Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.