Madrasah Ramadhan (Ep. 2)

3 Ramadhan.

Yusry bersekolah seperti biasa. Sedang dia duduk di dalam kelas 3 Mumtaz, rakan sebelahnya, Izzue Haitham menegurnya setelah melihat perilaku Yusry yang agak luar biasa.

Haitham: Kau ni dah kenapa Yusry? Usap janggut je dari tadi, termenung aje manjang. Baru 3 hari kita puasa takkan kau dah tak boleh nak handle?

Yusry hanya menunduk tanpa mengendahkan Haitham.

Haitham: Hoi brader! Aku tengah cakap dengan kau nih. Ni mesti kes putus cinta, kalau tak pun mesti baru kena reject dengan awek kan?

Yusry menjawab dengan nada yang malas dan kepalanya masih menunduk.

Yusry: Kau tak payah nak merepek and bising bising sangatlah. Kalau kena reject dengan awek tu kau, bukan aku OK. Muka kambing tak sedar diri.

Haitham: Hek eleh, action konon. Oi, aku ni puasa kau tau. Inni so'im.

Yusry: Hmm.. Yelah. Macam lah aku ni tak puasa. Inni so'im konon.

Haitham: Ahhhh, tak kesah lah. Yang penting, back to my question. Kau ni dah pahal jadi macam ni? Muram je manjang. Macam dah takde life je dalam diri kau.

Yusry: Its nothing big la brader. Don't need to worry LAH.

Haitham: Kalau kau cakap nothing, OK-lah then. Tapi kalau kau ada masalah apa-apa, just come and jumpa Dr. Izzue Haitham OK? Hehe.

Yusry tergelak kecil dengan gelagat Haitham.

Yusry: OK doktor. hehehe.

6 Ramadhan.

Waktu berbuka hampir tiba.

Sabrina: Eh Sha, nak azan dah lah, 4 minutes je lagi.

Fasha: Ha'ah lah, tak sabar nak melantak semua makanan ni.

Allahu Akbar Allahu Akbar. 

Fasha: YES, akhirnya!

Fasha terus mengambil martabak maggi untuk dimakannya. Namun, seorang senior-nya terus memberhentikan perbuatannya.

Kak Huda: Dik oh dik, sebelum makan baca basmallah dulu. Jangan terus lahap macam singa.

Fasha membaca basmallah lalu menyambung hasratnya untuk makan.

Kak Huda: Eh dik, kejap. Makan pakai tangan kanan, tangan kiri tu kan amalan syaitan.

Fasha menukar kepada tangan kanannya lalu makan.

Kak Huda: Kan lebih molek kalau kita amalkan sunnah, kan?

Fasha hanya mengangguk, mukanya merah padam kerana malu ditegur sebegitu direct sekali.

Setelah berbuka dengan kuih-muih, Sabrina membuka bicara.

Sabrina: Sooo.. Sha, how's you and Yusry? Kau dah bagitau dia ke belum?

Fasha: Dah. Aku dah bagitau segalanya kat dia.

Sabrina: And?

Fasha: And what?

Fasha membuat mimik muka tanda tidak faham.

Sabrina: And apa reaction dia lah?

Fasha: Reaction dia? Ohh. Well, he freak out; hard. Terkezut macam baru nampak hantu.

*Flashback*

2.10 pagi

Yusry: Apa yang you nak bagitau sebenarnya?

Fasha: Sebenarnya kan, I punya henset kena rampas dengan PK BADAR. On the spot depan mata I dia buka semua mesej dalam inbox tuh.

Yusry: Habis tuh, dia tahu segalanya pasal hubungan kita lah?

Yusry: You... you biar betul?! Serious ke?!

Fasha hanya menggangguk.

Fasha: I just harap yang dia tak bagitau sesiapa.

Yusry: Hmmm..

Yusry mendengus.

Yusry: Takpe takpe, its OK. Let's just hope dia tak bagitau sesiapa especially cikgu. You just stay safe and trust me OK. Semua benda akan jadi OK.

Fasha: OK, I trust you.

*Tamat flashback*

Fasha:  Tapi aku just harap giler yang cikgu tak tahu pasal benda nih. Kalau tak habis teruk aku kena nanti.

Sabrina: Harapnya lah PK BADAR kita tuh tak balaci lah. Lagipun dia bukan baru tegur kau ke tadi sebelum berbuka tadi? hehe.

Fasha: Buat malu aku je. Macamlah aku ni baru 4 tahun nak kena suruh suruh. Ishhhhh, rimasnya.

10 Ramadhan.

Perhimpunan hari Jumaat seperti biada dilangsungkan.

Ustaz Zawawi selaku PK HEM sekolah itu memberi ucapan.

Ust. Zawawi: Assalamualaikum dan selamat pagi semua murid.

Semua murid menjawab salam dalam satu suara.

Ust. Zawawi: Sudah 10 hari kita berpuasa, bagaimana perasaan berpuasa tahun ni di asrama? Namun... walaupun di bulan barakah ini, ada juga perkara yang tidak diingini terjadi. Saya tidak mahu bercakap panjang, jadi sebelum saya berundur diri, saya hendak memanggil dua nama untuk jumpa saya di pejabat selepas tamat perhimpunan nanti.

Semua murid senyap seketika.

Ust. Zawawi: Muhammad Yusry Aiman!

Yusry tidak terkejut kerana sudah menggagak akan namanya dipanggil.

Ust. Zawawi: dan....




Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.