Madrasah Ramadhan (Ep. 1)



2 hari sebelum Ramadhan

Kringgggg. Loceng sekolah berbunyi tanda sesi persekolahan sudah habis. Pelajar-pelajar SBPI USJ 5, Subang Jaya berbondong-bondong memenuhi dewan makan untuk menjamu makanan tengahari.

Johan: Hoi Yus, makan jom! Lauk ayam masak kicap beb.

Yusry: Kau pergi lah makan dulu. Aku rasa macam dah full pulak.

Johan: Suka hati kau lah. Aku tau aku nak makan sekarang, perut dah banyak bising, seriously gajah pun aku boleh sumbat dalam perut aku ni sekarang.

Yusry berjalan laju terus ke dorm-nya di tingkat 3. Setibanya di dorm, dia terus mengunci pintu tanpa berfikir panjang lalu terjun ke atas katilnya. Dari kocek seluar Yusry keluarlah henset iPhone 5 miliknya. Di skrin nya terpampang '1 new message'
Fasha: Call I right now. really really really need to tell you something important baby.
 Butang hijau terus di tekan untuk call Fasha (girlfriend Yusry)

Yusry: Hi sayang, dah lama tunggu I ke?

Fasha: Hmm, memang pun. I hantar mesej tuh 10 minit lepas and you tak call call. Nak merajuk la macam ni.

Yusry: Eh baby jangan la macam ni. I minta maaf. Promise tak buat lagi, OK?

Fasha: OK.

Yusry: So how's school? I tadi tak siap kerja sekolah, kena pulak dengan Cikgu Amran. Alamatnya, dia suruh lari satu padang.

Fasha: I hari ni sekolah okay je, tidur dalam kelas and selamat tak kan..

Tiba-tiba Yusry mencelah

Yusry: Eh baby got to go lah, ada KP kat luar dorm.

Fasha: Oh iye ke. Ok, ok, ok. Apa nak cakap tadi, hmmm... Haaa! Malam ni boleh jumpa tak? Tempat biasa, 2 pagi, OK?

Yusry: No problem. Love you sayang, bye.

- Tuuuut - Talian putus. iPhone 5 dalam genggamanya itu terus disumbat ke dalam kocek seluarnya. Yusry terus beredar ke DM tanpa mengendahkan KP juga merangkap pengawas disiplin sekolah SBPI USJ 5, Nik Afiq Zolkifli.

Petang itu.

Di dorm Yusry, Zarif (rakan baik Yusry dan Johan) mengajak mereka untuk beriadah.

Zarif: Oi braders, jom la main. Daripada korang ni ternak lemak perut tuh lebih baik main takraw. Court takraw tuh tengah kosong, jom booking sebelum ada orang lain sailang.

Johan: Kau pergi la booking dengan Yus dulu. Aku nak pergi tandas jap.

Zarif: Kau jangan tak turun main pulak. Kau tidur tyme aku balik dorm nanti, aku terajang kau. Dah la, Yus let's go.

Yusry: JOM!

Yusry terus menyarung kasut Rejam Pro putih kegemerannya lalu mengikut Zarif ke court takraw.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Johan baru sahaja pulang dari tandas.

Johan: Aduhh lapar lah pulak. Mana pulak locker Yus nih.

Setelah mencari, Johan akhirnya jumpa locker yang tertera nama 'Yusry Aiman'

Johan: Wahh banyak nya biskut, insyaAllah dia halalkan kot kalau aku ambil dulu.

Johan membuka tin biskut 'Biskuat Tigress'. Di dalam nya tidak terkandung biskut namun terdapat iPhone 5 milik Yusry.

Johan: Eh, dalam tin biskut budak ni sorok henset dia, bertuah betul. Tak salah kot kalau aku nak usha henset dia. Aduh, ada password la pulak.

Johan berfikir sejenak lalu mencuba untuk meneka kata kunci di iPhone 5 itu.

Johan: 6038

Salah.

Johan: 3146

Juga salah.

Johan: 9860

Betul.

Johan: Alhamdulillah, sekarang meh kita lihat ada apa dalam inbox budak nih.

Johan membaca semua mesej Yus yang majoritinya daripada Fasha.

Johan: OMG. Fasha dengan Yusry? Biar betul.

Johan terus meletakkan iPhone 5 itu ke tempat asalnya dan terus bergegas ke court takraw.

Zarif: Hoi Jon, pahal lambat sangat? Dah habis satu set dah kitaorang main.

Johan: Aku errr.. errr.. aku buang air besar tadi, and then tandas tak ada air pulak. Problem.

Zarif: Banyaklah alasan kau, dah cepat sarung kasut and join kitaorang.

1.30 pagi.

Yusry sedang bersiap untuk berjumpa dengan Fasha, si teman wanitanya.

Zarif: Eh, Yus. Hang dah gila ka? Sekarang ni 1.30 pagi. Kalau hang nak pi fly pun, apahaii nak kena sembur-sembur minyak wangi nih?

Johan menyampuk.

Johan: Yus tuh bukan nak fly la Zack. Dia nak pergi jumpa girlfriend dia. Kan kan kan?

Yusry terperanjat, kening terangkat.

Yusry: Eh, mana kau tahu?

Zarif: Owh, ada girlfriend pi story kat Jon je, tak nak dengan aku.

Johan: Dia mana ada cerita kat aku lah, aku ada baca mesej dia tyme korang main takraw tadi. Itu pasal aku lambat datang tadi.

Zarif: Laa ya ke? Haa Yus, alang alang dah kantoi nih tanak story? Siapa budak tuh?

Yusry: Jon, Jon, Jon. Kau memang stalker nombor 1 kat sekolah ni kan. Sampai ke password aku kau dapat hack, mantap.

Yusry menarik nafas lalu duduk sebentar.

Yusry: Yang kau excited semacam ni pahal. Tenang sudah.

Zarif: Tak kesah lah, story  la cepat. Siapa weh?

Yusry: Fasharina, budak kelas kau. Sebenarnya aku dah lama couple dengan dia and selama ni aku dating dengan dia tak pernah kantoi.

Johan: And then finally terkantoi dengan aku.

Johan gelak besar.

Johan: Aku rasa macam aku ni stalker paling hebat kot kat sini. Ada bantahan?

Zarif: Kau stalker hebat ke, tak hebat ke, kau pikir aku kesah? Aku nak dengar Yus cerita bukan kau memekak, membising tak tentu pasal.

Yusry melihat jam tangannya.

Yusry: Anyway guys, aku nak kena pergi dah. Sudah pukul 1.50, aku janji dengan dia 2.00 a.m. sharp kat kelas aku.

Dari dompet 'Paul Smith' nya, Yusry mengeluarkan sekeping duit RM20 dan hulurkannya kepada Zarif.

Zarif: Ni untuk apa pulak nih? Kau mana ada hutang aku, aku hutang kau ada lah.

Yusry: Malam ni aku belanja, korang nak pergi fly tengok wayang ke, makan McD ke, pergi lah. Cuma janji dengan aku jangan kacau aku malam ni.

Johan: Kau tahu aje apa aku nak buat kan. Tapi alang kau dah offer 20 hengget nih. Thank you very much lah ya.

Yusry: Aku gerak dulu, ciao.

Yusry terus bergegas keluar, menuju ke blok sekolah.

2.00 pagi

Yusry terus naik ke tingkat atas sekali blok C dan akhirnya sampai ke kelasnya, 3 Mumtaz. Di situ kelihatan Fasha dan seorang perempuan bersamanya.

Sabrina: Have fun sweetie, i'll be at the next class okay?

Fasha: OK.

Fasha tunduk sebentar.

Fasha: As usual, you lambat datang.

Yusry: Sorry sayang, please forgive me ok? Tadi ada kawan I ajak borak-borak sekejap.

Fasha: So you're saying kawan-kawan you tu more important than me lah? Saya ni girlfriend awak lah, you know how I feel kalau you lambat kan. Ughhh, you ni kan.

Yusry: Seriously i'm sorry sayang, I mean it. forgive me ok?

Fasha: OK. Tapi kalau you buat lagi I tak nak maafkan. I cari boyfriend baru.

Yusry: Ala comel nya dia tyme merajuk, mana lagi you nak cari boyfriend yang hebat dan hensem macam I?

Fasha: Sebab itu la I tak nak you lambat. I tak nak cari boyfriend baru.

Yusry: I tahu.

Yusry dan Fasha tersenyum, mata bertentang.

Yusry: So ada apa you panggil I malam nih?

Fasha: I nak bagitahu you something important.

Yusry: So, tell me la.

Fasha berbisik di telinga Yusry.

Fasha: ....psst

Fasha: ....psst

Fasha: ....psst

Setelah Fasha memberitahu, Yusry hanya berdiri, terkedu.

Yusry: You.. you biar betul?! Serious ke?!

Fasha hanya mengganguk.



Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.