Jerebu Dosa.


Alang jerebu membuka tirai, budak asrama mendapat cuti.
Nan fikiran menjadi badai, remaja mempunya masalah hati.

Okay marilah sama-sama kita abaikan pantun di atas ni, merapu sahaja, dibuat atas dasar suka dan suki sahaja. Niat menghibur, moga terhibur insyaAllah.

OK. JOM. MULA. MEMBACA

Sudah bersedia? Ke garisan, sedia, mula (macam susbest pun ada dah)

Minda seorang remaja; senantiasa melayang layang, berserabut, ber-jerebu. Pikir masalah sana masalah sini n segala macam macam masalah lah. Dah macam perdana menteri pun ada. Tapi, itu biasa. Semua orang sama. Apa yang kamu semua rasa aku merasa dan sebaliknya. 

Kita semua dihidangkan dengan emosi dan rohani.

Manusia tak pernah terlepas dari bebanan yang Dia nak beri. Dia bagi kita menerima. Terimalah dengan hati yang terbuka, insyaAllah ada manfaat dan barakahnya.

"My thoughts are stars I can't fathom into constellations." - The Fault in Our Stars, John Green.

Saja nak berkongsi satu quote dari buku yang aku baru sahaja habis baca ke noktah terakhir. Memang sangat sesuai dengan kita, remaja. Quote di atas ni bermaksud - "fikiran saya adalah bintang saya tidak boleh memahami ke buruj." Okay main main je *sengih sebentar*. Tu sangatlah jelas direct translation from Mr.Google kita yang memang sah fail BM. Mr.Google, pi belajar BM sana oii, PMR nak dekat (omai PMR lagi berapa hari je lagi). 

Maksud sebenar dia adalah " saya tidak boleh memahami apa yang sedang berlegar dalam fikiran saya" atau dalam bahasa inggeris-nya "my thoughts are scattered and I can't make any sense of them." something like that. Tak faham? Bagus. Haishh lampi punya budaaaak. Ceyt gurau je. Meh aku terangkan serba sedikit tentang 'kata-kata' ni. 

Apa yang nak disampaikan melalui kata-kata ini ialah nak menyatakan bahawasanya otak dia penuh dengan fikiran, idea dan masalah dan dia tidak memahami segala fikiran dan masalah yang sedang berlegar dan terhuyung-hayang dalam otak dia lantas pening kerana otak dia sudah tepu (skema punya ayat). 
4 markah.

"Tak faham lagi lah."

Kalau tak faham, buat buat faham pun jadilah.

Apa yang aku nak cuba sampaikan bahawa quote di atas tadi ada hubung-kait nya dengan minda remaja. Minda yang sentiasa ber-jerebu lagi berserabut nih. Minda remaja sentiasa terserlah ke-kreatif-an dan ke-inovasi-an nya. Tak percaya? Cuba korang semua lihat budaya budaya yang pernah dan sedang trending; shuffle, skinny jeans, seluar londeh, rambut mohawk, spek hitam, duckface n bagai. Semuanya tak lain tak bukan datang dari remaja itu sendiri. Bukan salah mereka sebab otak mereka memang penuh dengan idea; sentiasa kreatif dan inovatif. Cuma mereka tak tahu macam mana nak guna dengan betul.

Remaja itu bersifat ingin mencuba. 

Itu memang pasti. Semua remaja sama, nak cuba je kerja. Aku tahu sebab aku pun remaja juga.

"Eh, aku rasa macam aku spesyel lah, tak pernah pulak aku rasa nak cuba cuba nih."

Spesyel? pfffft. Habis tuh macam mana kau boleh end up hisap rokok n coupling? Pikir oh pikir. Tak ada maknanya kau akan rokok kalau kau tak pernah hingin nak sedut sekali pun asap tuh. Pun tak ada maknanya jugak kau akan kapel melainkan kau nak rasa macam mana dibelai dengan kasih sayang. Kau dan aku tiada beza. Tipu lah kalau aku kata aku tak pernah rasa nak kapel, rokok, fly dan bagai. Semuanya nampak seronok, bukan nampak tapi memang. Tapi itulah dia hakikat dan cabaran yang kita kena terima. Kita dihidangkan dengan emosi dan perasaan yang lazat. Yang membezakan kita hanyalah iman kita, yang hanya Tuhan tahu tahapnya.

"Habis tuh, yang remaja jenis sekian alim tak pernah buat dosa tuh pe cite?"

Hmmm. Mereka itu adalah insan-insan terjaga, dipelihara oleh ar-Rahman. Mereka bukan tak pernah buat dosa, tapi mereka pelajari untuk taubat dosa mereka. Ya. Mereka taubat dengan sebenar benar taubat, taubatun nasuha. Aib dosa yang pernah mereka lakukan, Allah tutup; dan dosa itu lenyap begitu sahaja; terhapus.

"Ayat manis boleh mencairkan wanita. Tapi du'a taubat yang sungguh-sungguh sehingga mengalirkan air mata, mampu mencairkan segala dosa kita" - member samer.

Macam itu lah jugak kita kena buat. Belajar untuk taubat. Jadikan mereka ni contoh kepada kita. Tak perlu drastik, jadi gila kang nanti. Slow slow pun takpe. Bak kata orang puteh "step by step". InsyaAllah nanti dapat lah memegang title 'taubat nasuha'.

"Wehh brader, aku dah try tahap nak gila dah nih, pun tak dapat. Smoking is like habit la to me"

Yup, obviously memang susah nak stop. Siapa kata senang nak stop something addictive? But you have to force it for the good sake of you, yourself. Tak dapat gak, muhasabah diri, minta ampun dekat Dia banyak banyak. Cari jalan baru untuk selesaikan masalah tuh. Jika betul betul tulus ikhlas, insyaAllah dengan izin-Nya akan tercapai juga hasrat nak berhenti tuh.

"Jihad tak pernah senang, sabarlah" - someone amazing

"Brader aku rasa dah takde harapan lah."

Yakinilah bahawa harapan itu masih ada, teruskan usaha, teruskan berjihad.

"Allah tak pernah membebankan hambanya melainkan sesuai dengan kemampuannya."

Ketahuilah bahawa dalam ketika anda mencuba untuk bertaubat itu, pahala nya ada; senantiasa terhidang untuk anda. Jadi moga kuat semangat la ya. Ingatlah bahawa selagi mana anda berjihad demi kebenaran, balasan itu ada. Itu pasti.

Tak dapat pahala taubat, dapat pahala cuba taubat pun jadilah. 



Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.