Drama Remaja.



Pehhh tajuk bunyi nak tegang je kan.

Ok jom mula membaca.

Drama oh drama. Sekali dengar mesti ingatkan pasai hape la drama pulok nih kan? Yang aku nak cerita hari ni bukan drama filem Inggeris yang ada adegan tah pape tuh; bukan drama filem Indon yang saspens je manjang ;dan juga bukanlah drama Korea jiwangs jiwangs yang korang layan overnight sampai pukul dua tiga pagi tuh ye (mengaku je lah korang layan sampai pagi pagi buta, tak elok tipu tau, Tuhan tahu); Tapi yang aku nak cerita kat sini ialah drama remaja. yes simple as that, DRAMA REMAJA.

Okay. Bagi mereka yang belum menyedari diri mereka itu sudah besaq panjang, sedarilah bahawa anda semua itu sudah remaja.

"Remaja? Apa kejadahnya tuh?". Eyy buat buat tak tau pulak budak nih, bertuah betul. Meh aku jawab soalan tu dalam bentuk persoalan semula.

Sudah punyai emosi tak terkawal?
Ada rasa macam suka lepak?
Suka bersosial dengan kawan dari ibu bapa?
Rasa malu dengan ajnabi?
Ada rasa miang?
Ada rasa nak mencuba, nak explore?
Rasa nak memberontak?
Rasa stress sangat sangat?
Rasa nak salahkan semua orang je?
Ada rasa nak bagi sekor penumbuk kat orang lain?

Ada tak mana-mana kat atas ni macam korang? Haaaa, TAHNIAAAH lah kalau ada. Sebabnya kamu semua ni sudah bergelar remaja.

Jadi, ada apa dengan drama remaja yang diperkotak-katikkan tuh?

Orang kata zaman remaja ni laaa tyme paling best sekali. Kalau dah cinta tuh terus berbunga, kalau dah bersosial tuh melepak je kerja. Masa ni lah nak enjoy enjoy happy happy. Orang kata. Tapi hakikatnya, indah khabar dari rupa. Memanglah kebahagiaanya ada di situ, di zaman remaja kala. Tapi di situ juga ada terselitnya keperitan, kesedihan dan kepiluan.

Nak tak nak semua remaja kena settle benda yang sama, cabaran yang sama.

Masa ini lah si Dia, sang Pencipta nak menguji tahap keimanan kita, jauh mana kita ingat kat Dia, kita rindu tak kat Dia, kita selalu 'calling' tak dengan Dia, kita semangat tak nak dating dengan Dia.



Masa ni lah Dia bagi hambek kau satu lori bebanan kat kita. Sebab apa? Tak lain tak bukan dia nak uji iman kita sihat ke tak. Dia bagi kita susah, susah dan susah. Yang kita pulok ni kerja mengeluh je. Dah dapat beban tuh tak nak ambil iktibar.

Nak salahkan orang je kerja. Kalau terlanggar batu, batu dicaci-maki nya. Kalau terlanggar pokok, insta-carut terus. Carut dekat siapa? Dekat pokok. Haaa bagus la tuh, hati jadi sakit, free free dapat dosa, pokok tetap duk rilek je. Kalau dapat selsema pulak, salahkan ibu tak bersihkan rumah, rumah berhabuk lah katanya. Haihhh, ibu kan ada tanggungjawab dia. Lagi-lagi ibu ibu yang bekerja ofis tuh, wooo manyak letih wo. Balik nak pukul enam pi-em dah. Dah balik kena masak dinner, basuh itu basuh ini, kemas rumah. Lepas tu hang pulak free free je salah kan dia, kata dia punya punca hang dapat selsema.

Tak boleh cenggini ya wahai readers sekalian. Percayalah bahawa setiap dugaan dan cabaran itu datang dari Dia, Sang Pemilik Langit dan Bumi. Semua benda ada baik buruknya. Cuba muhasabah diri sebentar kenapa jadi sebegitu.

Tanya balik diri tuh, "kenapa aku sakit eh?". Mungkin sebab ada terngumpat belakang ke, tak langsaikan hutang lagi ke, or maybe just sebab terguriskan hati kawan. Who knows. Kata-kata itu datang dari lidah, dan ketahuilah bahawa lidah itu lagi tajam dari dua mata pisau.

Yang part bawah ni aku nak stress kan sedikit. Semua remaja hadapi masalah ini tak kira lah lelaki ke perempuan ke, its just the same. Masalah CINTA namanya. Kalau dalam Drama Remaja nih dah sah sah ni masalah nombor satu.

Meh aku bagi intro sedikit tentang cinta remaja yang kian hadir sebagai ilusi kosong kepada para remaja. Ini dari perspektif aku, jadi tak perlulah kalau nak kritik ke hape eh.

Cinta remaja terbahagi kepada 3 je,

Cinta krush nama diberi. Sama sama suka, sama sama suki. Tapi malu nak tunjukkan hadirnya perasaan tuh. Alamatnya, jumpa dekat tengah jalan muka donno takde perasaan je, tapi dalam hati dup dap dup dap laju je. Terlebih bekerja keras dah 'left ventricle' tuh (kantoi study).

Cinta angau namanya. Sama sama bercintan cintun, tapi tetap tak gelar diri mereka couple. Kenapa? Sebab takde dating dating, kalau jumpa pun jumpa cenggitu je. Tapi cinta angau ni lah yang buat topup seminggu sampai nak 20 hengget. OTP je setiap malam, mesej lak berbondong bondong. Alang alang sedang OTP tuh kalau mak panggil makan, minta mak tunggu sebentar. Sebentar apa kebendanya kalau sampai setengah jam pun tak turun turun makan; buat mak naik hangin je kat dapur tuh. Kalau hantar mesej tuh pulak, kalau tak terbalas seusai 5 minit, hati dah gelisah. Mula lah belek belek inbox yang berinbox-kan lebih dari 1000 mesej dari si dia kan? Angau oh angau.

Cinta kapel, nak senang panggil COUPLE je terus. Yang ni haaa astaghfirullah. Dating meliar sana sini. Pavi ke, Mid Valley ke semua bantai aje. Topup seminggu berpuluh puluh hengget. OTP setiap malam takyah cite lah. Inbox berapa ribu mesej. Tangkap gambar sebelah sebelah, sentuh sentuh macam takda pape berlaku. Kalau minum air kotak tuh, straw nak kongsi. Konon sweet la tuh? Toksah la dicerita lagi golongan mereka yang bergelar couple nih. Kamu semua pun tau sendiri kan?

Yang kes couple ni aku memang sedih, mau nangis dibuatnya. Bukan sebab aku pernah kapel ke hape (hamdallah Dia masih menjaga diri ini), tapi sebab member member lama aku ramai dah kecundang, tersungkur di medan hati. Kalau kat twitta tuh, asal sebulan dah kapel, "Happy Monthsary" diucap kawan kawan nya, seolah-olah lagi menyokong perbuatan tuh.

Sedih oh sedih. Sedih sebab tak dapat tolong rakan seperjuangan ku ini. Dulu masa di bangku sekolah rendah, kita best friend. Kita sama sama omey je kan? Sekarang kau dah naik sekolah menengah kau dah hensem, kau ada girlpren. Aku pulak tolong tengok je, tak tolong pun kau nak berhentikan gejala nih. Maaf setinggi-tingginya insan bergelar sahabat.

Sekarang readers sekalian cuba tengok bebanan apa yang Dia bagi kat kita para remaja. Dia selitkan rasa suka suki terhadap para ajnabi. Dia selitkan tak banyak pun, sedikit je. Just nak uji iman kita yang sediakala.

Tapi hang lihat hasilnya. Hang lihat betapa ramai remaja yang kecundang nuh. Kalau kawan hang takde yang buat ni, ucapkan hamdallah. Kalau ada, janganlah jadi macam aku yang penakut ni dan terus tegur dia direct je. Nak baik lagi ajak hangout then terus tegur face to face.

Tak apa, biar dia benci kita di saat ini. Walau terputus silaturrahim, perbanyakkanlah doa dengan Tuhan. Doakan semoga dia kembali ke jalan yang benar. Jika benar niat kita, moga moga terbuka hati si kawan anda itu untuk insaf dan moga terikat semula jalinan silaturrahim yang pernah dibuat sebelum ini. InsyaAllah.

Sekarang to my main point ya (omai dah tulis panjang panjang baru nak main point).

Okay. Jadi cuti sekolah hampir mau menemu penamatnya. Dan sesudah cuti ini, maka semester kedua pun bermula. Apa maknanya?

Ramadhan kian tiba membuka tirainya,
Syawal menjelma seusai sebulan berpuasa,
maka PMR pula menyusul jua,

Buat pengetahuan semua readers, PMR bermula pada 2 Oktober 2013 ya.

"Tak sabar oh nak PMR" kata seorang rakan ku.

I had to confess, aku pun tak sabaq nak PMR nih. Kenapa? Dah habis PMR boleh enjoy wooot. Kurang la sedikit bebanan tuh. Stress dah pudar, boleh lah settle masalah hati dengan tenang.

Lagi satu, semalam TL atau nama panjangnya, tweetline twitta dipenuhi dengan drama cinta. Drama cinta siapa lagi kalau bukan kawan kawan aku nih. Dari apa yang aku baca, segala yang termaktub di situ bunyinya sungguhlah memilukan.

"Apa yang memilukan? Tak pahamlah." Haishhh, aku lepuk kang budak nih. Dah tak paham tuh tak payah paham lah ya. Jika anda benar benar remaja kelak anda akan memahami.

Biarlah apa berlaku itu pasti ada hikmahnya. Pertemuan itu datangnya dari Tuhan, Perpisahan itu juga datangnya dari Tuhan. Kita merancang, Allah merancang, Dan Allah sebaik-baik perancang. 

Kita dah rancang dah A sampai Z. Nak dapat straight A's, nak duit banyak, nak kahwin. Tapi kena ingat Allah juga merancang sesuatu untuk kita. Dan perancangan Dia adalah lebih baik, malah yang terbaik.

"Habis tuh, lebih baik aku tak payah rancang je terus kalau Tuhan dah settle semua benda."

Bang oii, itu tak ada azam namanya. Mana iman hang? mana pendirian hang? mana jati diri hang? Tepuk dada tanya hati sendiri.

Aku tau ditinggalkan itu frust. Frust sungguh, nak gila kan?

Rileks bro, aku pun pernah, kita dalam kapal yang sama. Jadi kalau kapal ni nak karam pun, mai kita tenggelam sama sama ya?

Tapi hidup ini perlu diteruskan. Itu memang norma kehidupan. Bertemu dan berpisah, kerana-Nya.

"Hati aku sebak gila brader, macam nak cabut je".

Toksah la cenggitu ya? Hati kau sebak bukan apa, tapi sebab kosong. yes, Kosong. Kosong sebab kita asyik mengasyik lupakan Allah, sang Pencipta. Dah berlimpah ruah Dia memberi, tapi kita masih menyombong dengan dia. Kita lupakan Dia. Kita alpa.

Konklusinya, nak tak nak kita kena move-on jugak.

"Move on? Macam mana tuh? Aku tak rasa aku bersedia lagi."

Move on tuh bukan bermakna hang pi cari makwe baru oii. Tapi kau jaga balik hubungan kau dengan Allah. Kau dah lama tinggalkan Dia kan? Cari Dia semula, ketahuilah bahawa Dia sentiasa menunggu.

So tunggu apa lagi, move on la jom kawan. Ayuh mulakan hidup baru, tak payah nak pikir pasai jiwang-jiwang lagi dah. STOP.

"Kita jadi diri yang baru. Biarlah apa orang nak kata, kita ada Allah." - Mato.

Hakikatnya, inilah drama remaja yang kian dialami oleh kita semua. Stress, Beban, Cinta, Sosial. Itu semua norma kehidupan; menjadi suatu pengajaran untuk kita tempuhi masa hadapan yang lebih mencabar.

Sekian.

Maaf tidak bermula dengan salam, bukan apa tapi terlupa. Selagi mana ku bergelar manusia selagi itu lah ku punyai sifat nasia, jadi sebelum terlupa semula biarlah daku akhiri dengan salam.

Wasalam readers.

p/s:

di sini daku mendambakan readers sekalian untuk mendoakan kejayaan yang cemerlang atas pasukan kompang SAM Bestari yang akan mewakili daerah petaling perdana ke peringkat negeri pada 22 Jun yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Salman Faris

Salman Faris. I am a 2015 graduate of KISAS and currently is pursuing my study in the International Baccalaureate program in Kolej MARA Banting. Was a part-time photographer involving weddings, portrait and events plus freelance graphic designing.